Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Friday 22 February 2013

Checklist Permulaan kami = )

Assalamualaikum ^_^

Oke..pagi ni kerja takde mud... kepala dok pikir-pikir sal majlis..eh! tak saba nauu..bukan tak saba la..tapi dok serabut alam hokey!! =_="

Ikut perancangan awal tinggal 8 -9 bulan je lagi neh..*dush dush..satu ape pon tak pikir lagi tau..cian saya..pening jugak erk nak tawen nih? ingat senang ker? macam-macam benda nak pikir.. nak kena settlekan.. Maklum ler..kawen seumo hidup okeh..mestila nak sesempurna yang boleh.. * veraaanggannn cik kiah ni kan :P

So hasil perbincangan bersama incik tunang terhasil suda permulaan checklist kami yang tak seberapa nih... kot-kot ada lagi yang nak di tambah tak? meh tolong saya meh ^_^




Senarai Semakan Persediaan Perkahwinan 



1) Perbincangan awal bersama pasangan dan keluarga kedua belah pihak

2) Tentukan lingkungan bajet untuk majlis pernikahan dan resepsi

3) Tentukan tarikh majlis

4) Pergi Kursus kawen

5) Mula membuat senarai undangan / jemputan untuk kedua pihak

6) Tempah tempat resepsi (dewan, dll) – belah laki sahaja – belah pompuan buat gotong royong ...So majlis nye harus di rumah

7) Tentukan jenis keraian (formal atau tidak) dan tema warna dan acara – rakan-rakan di haruskan ikut tema majlis * hopefully

8) Dapatkan persetujuan pihak pengapit – takde pengapit lagi -Sape nak jadik pengapit aku neh??

9) mencari kain untuk baju nikah dan tempah - veranngann nak design sendiri pastu nak tempah kat bro hatta dolmat!hammbekkk kau!!..hoho :D




** Perbincangan secara x rasmi..ngehngehngeh =)



10) Memilih petugas-petugas sukarela bagi menyelaraskan majlis – sedara-sedara sepupu sepapat

11) Mulai mencari busana pengantin yang menepati bajet yang ditetapkan – pakej kawen ( baju persalinan / baju sanding / make up / pelamin dll ) **

12) Mula mencari jurugambar

13) Mula mencari kedai pembuat kad jemputan –kad jemputan / banner

14) Cari tukang masak - mak da ade pilihan ati dia - menu masa kawin dan makan beradab.

15) Mencari DJ / jaga sound system

16) Mencari pasukan kompang

17 ) Mencari pasukan marhaban – orang kampung

18) Guestbook – album dan kad2 kecit - DIY

19) Ujian HIV – 3 bulan sebelum majlis

20 ) Hiasan bilik pengantin– DIY or skali pakej perkahwinan . Tengok budget **

19) Mula beli barang hantaran – 9 balas 11 dulang ..tak hagak-hagak! ^_^

20) Tempah khemah / meja makan beradab ** Hiasan meja beradab

21) Tempah kek kawen

22) Tempah henna /inai

23) Mula mencari barang-barang untuk doorgift / paper beg 


24) Beli barang for batal air sembahyang * rahsia

25) Amik borang nikah - 


26) Mula mohon cuti - nak cuti 10 hari bole dop? :D

27) Mula merancang lokasi dan tarikh berbulan madu ^_^ 









errkk??macam banyak je neh?? takpe cik fie...rilek2..banyak masa lagi..kan kan =)






6 comments:

  1. A'kum Semua..

    Y not check out my blog utk door gift yg lain dpd yg lain..
    Murah,menarik n trendy.. N boleh custom made ikut tema majlis perkawinan yg di ingini..

    femcreation.blogspot.com

    N if suke.. "Like" my page in Facebook k!

    Thanks..

    ReplyDelete
  2. hi femcreation - will do that..thanks ya! ;)

    ReplyDelete

baca je??meh le komen cket ;)