Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Friday 27 January 2012

saya sayang awak!



Saya sayang awak!!


errkk...tunduk tersipu malu.,.lalalala.,.;p



bukan mudah untuk kita melafazkan perkataan ini kerana ianya memerlukan kekuatan zahir dan batin...haha.,.namun andai ada orang yang telah dan sedang menyayangi kamu, hargai la dia sebaik mungkin...;)





Monday 23 January 2012

Terima Kasih ;)





| Do what makes you happy , Be with who makes you smile , Laugh as much as you breathe , and Love as long as you live~!! ♥ |










Friday 20 January 2012

Fakta Tentang Wanita yang Perlu Lelaki Tahu

Selamat petang!!^_^


just for sharing only.,.;)


       1) Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia, pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar.


2)Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.


3)Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama.=P. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.



   
4)Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P


5)Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.


6)Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.


7)Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.


8)Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.


9)Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.


10)Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.


11)Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.


12)Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.


13)Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.


14)Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.




15)Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke????? =P


Monday 16 January 2012

Stress??

Selamat petang sume~!!^_^



Stress melampau??ape tuh.,.?apa tuh??bunyik macam dah tahap kritikal je stress nye tu kan?huhu.,.adakah saya sedang mengalaminya sekarang neh?o0occhh~!!stress ka saya?dengan apa?tekanan kerja?tekanan rakan-rakan?ataupon tekanan perasaan??
Tidak~!!!saya tidak rasa saya stress ketika ini but why??eerr.,.,.,.sila abaikan.,.^_^


New life..Maybe..~



Assalamualaikum n selamat pagi!! ^_^





" Imagine if I was given one moment, just a single slice of my past.

I could hold it close forever, and that moment would always last "

I'd put the moment in a safe,

within my hearts .,.~







but now..Saya akan buang jauh-jauh semua kenangan saya yang lampau..Maaf andai saya berlaku begini.....Tiada yang lebih indah untuk semua yang pernah terjadi tetapi akan menjadi lebih indah andai kita berusaha untuk bangkit ke hadapan dan melupakan semua kenangan.,.~












Tuesday 10 January 2012

Bila aku mula bebel pasal....

Assalamualaikum sume..
Selamat petang~!^_^

Tetibe saya rasa nak membebel sesuatu la ..huhu...but N3 ni khas untuk pompuan je la because takde kaitan ngan kaum adam.Harap maklum.^^,

Cantik?sume pompuan nak nampak cantik kan?termasukla saya!!saya sukakan kecantikan tetapi tidaklah terlalu excited sehingga buat perkara-perkara yang boleh merosakkan diri sendiri....Tidak salah untuk berbelanja lebih untuk itu tapi harusla beringat-ingat ye...

Dan sampai sekarang saya masih menjadi pengguna tetap Tia Amelia..^_^ Dulu macam-macam produk try...dari yang murah / sederhana dan mahal..actually muka saya nieh takde la kategori bermasalah cuma suke mencube sehingga jumpe yang betul2 sesuai..hehe..

Dan saya sangat berpuas ati dengan produk nie..pada sape2 yang belum mencube produk neh..boleh la try but make sure kulit anda serasi ye..if tak serasi sila la hentikan..saya tidak mahu menanggung apa-apa kesalahan..hahaha

jum kita skodeng ckit produk pe yang saya gunakan for Tia Amelia ^_^




1) Pencuci muka..nak cantik kena rajin cuci muka..lagi-lagi yang use make up macam saya..;)



2) Toner / Penyegar muka..Juga penting bagi memastikan kulit kita tak kering..





3) Krim Sunblock - sangat penting bagi yang bekerja di bawah sinaran matahari..dan krim ni sangat besh sebab 2 in 1..tak payah nak guna foundation lagi...;)





4) Krim Pemutih - besh jugak sebab dia bertindak ketika kita tidur...dan hasilnye memang saya suka..=)





5) Krim Kunyit - khas untuk orang-orang yang kulitnya agak bermasalah..korang boleh try krim ni dulu.If ok baru teruskan dengan krim yang lain..hehe



credit to pakcik google sebab curik gamba dari sane je!!huhu



p/s = kan dah cakap..N3 ni tiada kaitan ngan kaum adam!huhu





Monday 9 January 2012

seeeraammmm neh~

Selamat petang sume..;))
Bila saya dah mula menaip neh...macam-macam benda saya nak bebel..pok pek pok pek..huhu..

oke..takde cerita menarik pon cume terpikir jap....straight je la kan..korang percaya tak mende-mende halus neh?bukan pontianak..bukan toyol tapi mende yang di maksudkan disini adalah perbuatan syirik..perbuatan khurafat...dengan erti kata lain mengamalkan ilmu hitam / membuat sihir kepada orang-orang yang di benci..bukan pe.....tadi saya p tempah baju kat my kesayangan tailer neh..boleh pulak dia tak cam saya..kecik sungguh atiku..hukhuk :P..

akak ni tegur saya dah kurus..YES~!!memang saya dah kurus dan perubahan ini secara mendadak dan tibe-tibe..tapi tapi.,.,saya bukan tak makan...pagi petang siang malam saya membedal tau!!selagi tak tutup mata saya akan makan kalau lapa..but why still kurus..itu yang menjadi persoalan disini..tetibe dia leh tanya..Fiza sihat tak neh?dah p cek doktor?aiyakk..seeraaaam neh....mestila saya cakap saya sihat...dan doktor pon kata kesihatan saya alhamdulillah baik...pastu akak ni cakap bukan pe..takut kena buatan orang..kita mane la tau kan..tetibe kurus keding cam neh..adoooii.....seram terus..sebab saya tau memang ramai dengki kat saya..cume saya harap diorang tak kan buat benda-benda khurafat neh..bukan semua orang sukakan kita..mane la tau kan..bukan nak bersangka buruk cume peringatan untuk diri sendiri...lagipon benda-benda ni kan dosa....tolong jangan cube-cube nak buat ye kawan-kawan..dosa tau tak!!!huhu....



p/s = bila la agaknya nak moks neh..^_^


Cinta Vs Sambal Belacan

Assalamualaikum peepss~!!
Salam sejahtera.,.Dan selamat pagi Isnin sume....=)

Walaupon pagi Senin , still aku nak update something..hehe^_^







" Cinta itu boleh di ibaratkan seperti makan sambal belacan" err.,.apa tuh?boleh ke samekan cinta dengan sambal belacan?tak kelasss u~!!hahaa.,.


Terkadang terpikir sejenak.,.untuk apa kita menoleh ke belakang sedangkan kita mampu untuk mara ke hadapan..?memang tidak salah untuk kita mengimbau kembali kenangan itu namun harusla di ingat bahawa perkara itu lah yang membuatkan kita tersungkur jatuh...tidak salah untuk mengigati jalan yang pernah kita lalui dulu , namun untuk berpatah balik ke belakang,adalah sesuatu yang tidak mungkin..kerana di belakang itulah kita pernah terjatuh dan tak mungkin akan terjatuh di tempat yang sama....

Dan aku tidak mahu terjatuh di tempat yang sama....mungkin sesetengah dari kamu mempunyai pandangan yang berbeza namum bagi aku,cukup untuk aku jatuh sekali sahaja di tempat itu..kalau jatuh tempat len tak pe..hehehe..;))



p/s = aku suka sambal belacan..haha ^_^

Friday 6 January 2012

Erti Sahabat

Assalamualaikum sume..
salam sejahtera..dan selamat petang!!

lama rase tak update my belog neh...agak sibuk sedikit sekarang neh..ape yg sibuk pon tak tau la.,.,.T__________T



TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

|
|
|
|
|
|



TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :


SAYANG,KEKAL,SETIA,MENGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :




                                        “SAHABAT”.


NOTA KAKI = SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA..SAYANG KORANG KETAT2 OKE~!!TOLONG JANGAN PERGI DARI HIDUP SAYA..:)


jum layan lagu najwa latiff neh..khas untuk sume kesayangan saya..^_^





Tuesday 3 January 2012

mud taun baru yang ilang~

huwarghh!!!!tension tol pagi  neh...baru nak hapy2 kan mood...sekali masuk MYEG..tu dia...ada saman !!!!!!

hampeh tol..!!!1 saman rm300..kalau 10 saman?pehhh!!!!tetibe rase...errk...saya ni memang suke bawak laju2 kat hway..hambek ko!!!=_="



korang ada?kalau ada meh la share same2...kuikuikui..=)