Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Sunday 26 February 2012

Jelajah ABPBH @SACC Mall

Salam sume..=)


Baru balik dari Jelajah ABPBH kat SACC Mall tadi..ya ampun!!ramainya makhluk tuhan..agak lama tak pergi tempat2 yang penuh sesak...rase cam pening-pening lalat pon ye gak..tapi tapi..tu mule2 jer...bila aku dah start pegang kamera..hilang dah pening-pening tuh!!hehehe...


Ramai gak artis yang datang..time aku sampai tu kumpulan Fourteen sedang perform lagu femes diorang..Berdua bersatu..pastu Aizat ngan abang dia ka adik dia..aku pon  tak kenal..aku kenal Aizat ja..huhu...ada Rozita Che Wan..Neelofa...Botak...n ramai lagi la..malas aku nak mention sorang-sorang..;p


Dan yang paling penting artis yang aku minat ada..cer teka...sapa..hehe..abg Adi Putra!!fheeww~!!macho gile dia ok..and guest what..aku dapat gak face to face ngan dia..dan yang paling best sangat-sangat aku dapat peluang naik kereta berdua ngan dia pusing-pusing SACC~!OMG~!!sangat-sangat teruja sampai aku tak tau nak cakap apa dalam kereta time tuh...Diam seribu bahasa..Naseb baik abang Adi seorang yang ramah..dia plak banyak tanya aku..aku seyes blur giler time tuh..macam dalam mimpi!!huhu..tapi ralat sangat-sangat coz tak dapat nak snap picture ngan dia time dalam kereta tuh...dapat snap time kat pentas je..sedeeeeyyT_____T..


macam mana aku leh dapat peluang tuh..biarla rahsia..hanya orang-orang kat SACC Mall tu je la tau di sebalik kejadian itu..=)

Tak guna nak bebel panjang-panjang..jum usha-usha gamba sekitar peristiwa tadi...Tapi maapla ye..kamera den..memang muka den la yg penuh!haha=)

nak cari parking pon sempat lagi snap pic kan...=P

aku g ngan housemate aku..Cik Myra n Cik Ida...sape2 nak kenal boleh Pm i oke!haha ;p

seyez..muka Rozita macam patung!kiut sangat oke!

ohoii..sempat lagi snap dalam VINCCI..hehe =)

comei tak?comei tak?;p

hehe ^_^

Time kat pentas..glamor sekejap!haha ;p

Me with Shila Hamzah..=)

auucaaakk!!saat-saat indah bersama abg Adi Putra memang aku tak kan lupe..haha ^_^

korang ada?tak de kan?haha ;p

inilah kami di depan kamera.;)

aku pon dapat anugerah gak..tp mini jela...lalala;p

UPDATE!!UPDATE!!ada gak pixca aku ngan Adi Putra dalam kereta..Bukan pe..kawan-kawan aku sume tak caye kan..ingat aku suke-suke nak reka cerita?tak men la beb!!haaaaa.tatap la puas2 ye..huhu..kredit to BH..;)



oke la..tak larat pulak nak upload pic banyak-banyak...badan dah penat..kaki dah sakit..yela kan..pakai lagi kasut tinggi tadi..tapi tapi..berbaloi-baloi..hehehe...so kalau nak tengok gamba penuh sila tengok kat FB aku ye..sape2 yang tak jadi friend lagi tu..di alu-alukan..InsyaAllah akan di approve~!=)



Saturday 25 February 2012

:PHENOMENAL PURPLE:



Salam..kali ni nak share sikit pasal warna kegemaran..Pasti sume orang mempunyai warna kegemaran masing-masing kan?Tahukah korang bahawa warna itu mampu mempamerkan watak peribadi korang?Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya.Dan aku tersangat2lah suka kan warna ungu..suke gila sampai tak tau nak cakap macam mane...;)
kalau boleh sume barang2 aku mesti dan wajib ada unsur2 ungu..kasut .. handbag..wallet..baju...botol perfume..apa lagi ntah..boleh dikatakan koleksi peribadi penuh dengan color purple..=)


Berikut adalah sedikit kajian yang aku jumpa khas untuk penggemar ungu ^_^


1)Bagi yang beraura ungu, tidak banyak yang boleh dijelaskan cuma walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka. ( aku agak tak setuju kajian nie..=_=" )

2)Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.( yeahh!!yang ni setuju=) )

3)Penggemar warna ungu adalah mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi unik dan berbeza dari orang lain. Jika korang memilih warna ungu, ini bermakna anda seorang yang suka untuk mendapatkan suara majoriti/autoriti. ( erkk..tak betol..tak betol..=p )

4)Jika warna ungu menjadi warna kegemaran anda,maka anda adalah seorang yang benar-benar luar biasa.Dalam menghadapi masa depan anda tiak pernah ragu-ragu,apa yang dikejarkan anda adalah yang terbaik.Anda pandai mengikuti perkembangan zaman.Dalam bercinta,hanya merekalah yang kuat mental dapat mendekati dan menjadi kekasih anda. ( haha..no komen... )

5)Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif. (malas nak komen gak..)

walau apa pon kajian-kajian mereka neh..jangan la percaya 100%..mungkin ada yang betul..dan mungkin tak betul langsung..tak kisahla..yang penting..kami suka PURPLE ^^,


Friday 24 February 2012

Sedang jatuh cinta dengan kamu! ^_^

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu




Memory Deleted!!


I learn something in my life...No point to remember ...what done is done....And now...I realize..so aku amik keputusan..delete semua yang ada kaitan dengan kenangan..Enough is Enough..just enjoy my life after this =)


Thursday 23 February 2012

:robot kesan bohong:

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…





hohoho xD

Sunday 19 February 2012

Review: Ghost Rider - Spirit of Vengeance

hye2..salam sejahtera..selamat berhujung minggu ;)




Pengalaman menonton Ghost Rider: Spirit of Vengeance di Hall 3, Sunway Piramid semalam jam 10.10 pm 18 Februari 2012 sebenarnya menghampakan. Aku punyela semangat nak tgk sebab promosi diorang yang agak gempak jugaklah aku rase kat Malaysia neh.Rasanya, first filem tahun 2007 nampak lebih hebat dengan aksi yang sangat-sangat teruja untuk kita tonton berbanding kisah ini. Dengan plot yang lebih kepada keagamaan, yang aku rasa sedikit pelik untuk aku berpikir 2 kali betol ke cerita yang aku tengok ni adalah Ghost Rider atau pon kisah keagamaan orang-orang yang tiada kaitan ngan aku, ianya tak mampu menyuntik keseronokkan. Mengecewakan apabila pengarahannya nampak seperti satu pembaharuan yang tidak menjadi. Dah la normal price RM14..seb bek aku tak amik 2D or 3D..mesti nyesal gile..hoho xD

Masih mengekalkan Nicholas Cage sebagai Johnny Blaze, stuntman yang membuat perjanjian dengan syaitan dan akan bertukar menjadi ‘superhero’ dendam kesumat dengan kepala berapi, sequel kedua ini meletakkan Blaze yang hidup dalam pelarian. Moreau (Idris Elba) menawarkan pemulihan kepada Blaze namun dia mesti melaksanakan satu tugas; mencari anak Nadya (Violante Placido) yang punya kuasa syaitan untuk dibunuh.

Aku rasakan filem ni agak gagal menarik perhatian aku untuk terus menonton..mau 10x aku menguap kat dalam panggung semalam.Dengan hawa dingin yang aku rase agak melampau untuk orang2 yang takde lemak cam aku nih..haha...emosi sedikit terganggu dengan aksi yang suam2 suku je..Tetapi, shoot Ghost Rider kencing berapi tu memang kelakar. Hahaha..=P




see next N3..selamat malam sume ;)



Tuesday 14 February 2012

Selesai sudah ;)

Assalamualaikum dan selamat petang sume...^_^

Alhamdulillah....segalanya telah berjalan dengan amat2 lancar sekali...Bersyukur kepadaNya kerana telah memudahkan kerja kami sekeluarga..;)walaupon agak kepenatan sedikit tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar.. dan dengan rasminya saya telah mendapat seorang kakak yang agak comel..hehe...setelah hampir 25 tahun takde kakak,rase macam janggal pulak tetiba ada seorang insan baru dalam keluarga kami...saya sangat2 teruja oke!!^_^


jum usha2 gamba sekitar majlis berlangsung=)


ni nak gerak p akad nikah..semestinya kena amik pix sendiri..hohoX_x


praktikal dulu...saya yang dupdapdupdap..:P


pengantin perempuan pon agak nebes ketika ini~hehe


Alhamdulillah..dengan sekali lafaz,mereka sah bergelar suami isteri..touching oke!^_^


nak jugak selit gambo neh..ni adik saya yg bongsu..lainkan kami?hehe^_^


keesokkannya...nak p bersanding di rumah perempuan..snap pix dulu..penting oke!;p


tuu dia....kami berdua sedang mengambil aura pengantin..2 tahun lagi...insyaAllah..hehe^^,


sape lagi comel?haha;p


cuaca sangat2 panas ketika ini...bumi tuhan.,.;)


auuccakkk!!!hhaha.,.pp yang semakin kembang.,.=_+"



mudah2an mereka akan cepat dapat baby sebab saya suke sangat baby..leh gomol2 sampai lebam..huhu..


p/s = next target??me??InsyaAllah^_^









Wednesday 8 February 2012

berhijrah?bila?

Assalamualaikum sume^_^


"Berhijrahlah kamu bila sudah bersedia"




Ya Allah...berkati hambamu ini...
Kukuhkan Imanku..
Kuatkan pendirianku...

InsyaAllah..1 Day.,.i will..~ ;)


jum skodeng gamba saya bila berhijab..any komen?hehe^_^






time my bff tawen..^_^




dalam Hinode Shop pon sempat...;p




berbuka pose 2011??tak ingat..huu~




Eid 2011...;)




time neh dah start pashmina style,,bulatnye muka!;)




kuyusnya saya!!! ;(




latest!!baru di snap petang tadi..hehe ^_^




i luv my self~!








cukop2 la tu eh..takut korang muntah lak tgk pic saya neh!!hehehe..,^_^



#tetibe#

aku tak paham ....


kenapa..mengapa...bagaimana....seseorang tu boleh simpan perasaan kepada orang lain sedangkan dirinya sudah bahagia..korang tak kecian kat anak bini ke hah men kayu sepuloh??????memang aku tak paham..@_@















wooiii!!tolongla jangan tamak!!!haih~!!


mood - geram bila tengok something dekat laman sosial........aptb~!!


Sunday 5 February 2012

Kembali Senyum=)

Assalamualaikum sume.,.



malam nie tetibe rase nak share something dengan diari saya neh...hmm.,.,.hampir 2 bulan peristiwa itu dan alhamdulillah saya berjaya untuk melupuskan perasaan itu secara perlahan-lahan...mungkin ada yang beranggapan 2 bulan adalah waktu yang singkat untuk kita melupakan seseorang tapi bagi saya tidak..sama ada cepat atau lambat semua itu sudah tertulis di atas kehendakNya..Dan sebagai hambanya yang sememangnya lemah..kita harus kuat untuk menerima ketentuan Ilahi..Mungkin dia bukan jodoh saya..dan alhamdulillah saya kuat untuk teruskan kehidupan saya tanpanya..;)




Dan Alhamdulillah Tuhan itu masih mahu melihat saya tersenyum.,.Dia pautkan hati saya dengan seseorang yang saya tidak pernah sangka akan hadir dalam hati saya..Allah memberi duka dan bahagia kepada saya dalam satu masa yang sangat-sangat singkat.Terkadang terpikir..tidak kah terlalu cepat untuk aku bermain dengan hati dan perasaan sendiri?namun... sesungguhnya DIA maha mengetahui di atas setiap kejadian..Syukur padaNya...=)


selamat malam buat si Dia yang berjaya singgah di hati saya ketika ini.=)








Friday 3 February 2012

Saya tak suka g klinik sebab.....

Suatu pagi di klinik swasta...
9 am

Pesakit = Doc , sejak 2 menjak nie saya pasan degupan jantung saya laju semacam..tibe-tibe..it is normal?
Doc = Kamu kerja stress ker?
Pesakit = Kerja saya memang agak stress sikit doc..hmm.,.~
Doc = Bapa lame dah kamu kerja sana?
Pesakit= almost 3 years doc...
Doc = ooh oke.,.,.Luruskan tangan kamu jap.,.~
Pesakit= menurut perintah ( agak blur ketika itu )
Doc = tangan ada shacking tak?
Pesakit = err.,.,Takde.... ( teragak-agak nak jawab.,.)
Doc = hmmm.,.,.,kadar dengupan jantung kamu naik sedikit neh...sambil tengok kat mesin pe ntah.,.
Pesakit = Eyh ?maksudnye doc ?
Doc = betul ni tangan takde shacking sume?
Pesakit = Err..betol doc ( gagap lagi... )
Doc = saya rasa kamu mengalami tekanan (stress) sedikit.. tapi kamu cakap takde shacking kan?so awak perlu rehat secukupnya.,.,
Pesakit = hmmm.,.~






Kedai makan... 
1 pm




aku = asal tapak tangan aku shacking tetibe neh.,.?naahhh!!hambekk!!tipu lagi doktor kan~!haih~!T_________T






p/s  - sebab tu tak suke p klinik~!!