Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Sunday 19 February 2012

Review: Ghost Rider - Spirit of Vengeance

hye2..salam sejahtera..selamat berhujung minggu ;)




Pengalaman menonton Ghost Rider: Spirit of Vengeance di Hall 3, Sunway Piramid semalam jam 10.10 pm 18 Februari 2012 sebenarnya menghampakan. Aku punyela semangat nak tgk sebab promosi diorang yang agak gempak jugaklah aku rase kat Malaysia neh.Rasanya, first filem tahun 2007 nampak lebih hebat dengan aksi yang sangat-sangat teruja untuk kita tonton berbanding kisah ini. Dengan plot yang lebih kepada keagamaan, yang aku rasa sedikit pelik untuk aku berpikir 2 kali betol ke cerita yang aku tengok ni adalah Ghost Rider atau pon kisah keagamaan orang-orang yang tiada kaitan ngan aku, ianya tak mampu menyuntik keseronokkan. Mengecewakan apabila pengarahannya nampak seperti satu pembaharuan yang tidak menjadi. Dah la normal price RM14..seb bek aku tak amik 2D or 3D..mesti nyesal gile..hoho xD

Masih mengekalkan Nicholas Cage sebagai Johnny Blaze, stuntman yang membuat perjanjian dengan syaitan dan akan bertukar menjadi ‘superhero’ dendam kesumat dengan kepala berapi, sequel kedua ini meletakkan Blaze yang hidup dalam pelarian. Moreau (Idris Elba) menawarkan pemulihan kepada Blaze namun dia mesti melaksanakan satu tugas; mencari anak Nadya (Violante Placido) yang punya kuasa syaitan untuk dibunuh.

Aku rasakan filem ni agak gagal menarik perhatian aku untuk terus menonton..mau 10x aku menguap kat dalam panggung semalam.Dengan hawa dingin yang aku rase agak melampau untuk orang2 yang takde lemak cam aku nih..haha...emosi sedikit terganggu dengan aksi yang suam2 suku je..Tetapi, shoot Ghost Rider kencing berapi tu memang kelakar. Hahaha..=P




see next N3..selamat malam sume ;)



No comments:

Post a Comment

baca je??meh le komen cket ;)