Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Saturday 25 February 2012

:PHENOMENAL PURPLE:



Salam..kali ni nak share sikit pasal warna kegemaran..Pasti sume orang mempunyai warna kegemaran masing-masing kan?Tahukah korang bahawa warna itu mampu mempamerkan watak peribadi korang?Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya.Dan aku tersangat2lah suka kan warna ungu..suke gila sampai tak tau nak cakap macam mane...;)
kalau boleh sume barang2 aku mesti dan wajib ada unsur2 ungu..kasut .. handbag..wallet..baju...botol perfume..apa lagi ntah..boleh dikatakan koleksi peribadi penuh dengan color purple..=)


Berikut adalah sedikit kajian yang aku jumpa khas untuk penggemar ungu ^_^


1)Bagi yang beraura ungu, tidak banyak yang boleh dijelaskan cuma walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka. ( aku agak tak setuju kajian nie..=_=" )

2)Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.( yeahh!!yang ni setuju=) )

3)Penggemar warna ungu adalah mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi unik dan berbeza dari orang lain. Jika korang memilih warna ungu, ini bermakna anda seorang yang suka untuk mendapatkan suara majoriti/autoriti. ( erkk..tak betol..tak betol..=p )

4)Jika warna ungu menjadi warna kegemaran anda,maka anda adalah seorang yang benar-benar luar biasa.Dalam menghadapi masa depan anda tiak pernah ragu-ragu,apa yang dikejarkan anda adalah yang terbaik.Anda pandai mengikuti perkembangan zaman.Dalam bercinta,hanya merekalah yang kuat mental dapat mendekati dan menjadi kekasih anda. ( haha..no komen... )

5)Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif. (malas nak komen gak..)

walau apa pon kajian-kajian mereka neh..jangan la percaya 100%..mungkin ada yang betul..dan mungkin tak betul langsung..tak kisahla..yang penting..kami suka PURPLE ^^,


No comments:

Post a Comment

baca je??meh le komen cket ;)