Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Showing posts with label aku dan perfume. Show all posts
Showing posts with label aku dan perfume. Show all posts

Monday, 4 February 2013

Aku Dan Perfume ||

Assalamualaikum 

Selamat pagi everyone..hello world ^_^

alhamdulillah...masih di beri kesempatan jari-jari runcingku untuk menari-nari di keyboard itam ini... runcing la sangat.,.hehe
Semakin sihat..semakin sihat dan semakin sihat! :D

Okey..okey....entry kali ni nak pok pek pok pek pasal perfume..whatt?? perfume lagi keh?? 
hehe...korang jangan tak tau..aku ni gile perfume..tak kisah la ape-ape brand pon asalkan wangiiii.,.,.~ wee,.,.sape tak suke wangi kan??orang gile je kot?oppsst!! hhahha :D

|
|
|
|
|

taraaaa..,.,.... koleksi terbaru..takdela banyak sangat pon..tapi tapi ade la jugak penambahan nyeee.,.hehee..



Black XS tu incik tunang yang bagi..sempena my besday yg ke 25 tahun...happy o0oo dapat perfume idaman..tq sayang! hiks! * gediks





actually skang ni ada lagi beli perfume yg baru..tapi tak snap pon..so aku curik kat uncle G jela ea..bagi korang jeles!! hahaa :P



* Burberry Body *
Sweeeeeeet sangat bau neh... sukeee.,.,.~



* Victoria Secret Body Mist - Ravishing Love
Bau yang ni pon sweeett.,.slalu aku sembur pas mandi...see see? dok rumah pon nak wangi-wangi jugak! biar la! :P


and yang latest..mengumpul vials-vials plak..huh? ni sume incik tunang la neh..dia yg start dulu..katenye kalau beli yg kecik-kecik lagi best..sume perfume bole test..kalau beli yang besa-besa nanti tak pakai...rugi..sebab bau perfume ni 3 tahun je da expired oke.....

it sooooo true...ade perfume aku yang bau dia da tak brape nak best...sedih jeee.,.T___T






Thursday, 29 November 2012

Fakta Tentang Perfume



Fakta tentang perfume.


1 - Indonesia dikenali sebagai industri refill dimana mereka akan membeli botol original perfumes atau 1st grade botol perfume dan mereka akan refill dengan perfume extract yang lebih murah. Sebab itu harga perfume dari Indonesia murah. Same goes to perfume dari China.

2 - Perfume tidak dikenakan cukai di Malaysia. Ia bukan barang duti free. So hati hati dengan ayat duti free seperti di airport dan langkawi.

3 - Perfume original ada batch number. Perfume imitation tak akan ada. Kalau anda claim beli perfume original reject yang tak ada kotak tu macam mana nak cek batch number.

4 - Kebanyakan perfume designer ada Quality Checker deparment sendiri. So perfume reject memang sangat sikit, dan kalau ada mereka tidak akan dijual kepada 3rd party sebab mereka tidak mahu nama designer mereka rosak. Jangan suka kalau anda dapat beli rejected perfume, ia mungkin perfume refill sebab tu tak ada kotak ada beg baldu saja.







credit to OSGP  ;)

Thursday, 2 August 2012

Tips Pemakaian Perfume

Selamat Pagi Sahabat~!! Today dah 13 Ramadhan da..Cepat je kan.,.pejam celik pejam celik..da separuh bulan umat Islam berpuasa.. :)

So kali ni nak share ckit pasal tips pemakaian perfume yang betol..Mungkin ramai yang dah tau tapi ada jugak diantara kita yang masih tidak berapa nak tau ..Sharing is Caring... Jum teruskan pembacaan anda~!! ^_^









1. Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

4. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.

5. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.

6. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.


nota kaki = semalam dolce and gabbana..today carolina herrera.MUNGKINKAH?? :D

Tuesday, 1 November 2011

Aku dan Perfume

hye2 rakan2 follower...sihatkah anda hari ini??hari ni 01.11.2011..wahhh..cepatkan masa berlalu....sekejap je dah nak masuk 2012..;)

Saya suka wangian..yeahhh!!itu yang nak cakap sebenarnya.....saya suka benda yang wangi2...tak kisahla sabun mandi ke..sabun basuh baju ke....softlan ke...bedak ke...yang penting ia harus wangi!!dan saya amatla sukakan PERFUME!!!.
Perfume adalah terapi mindaku..kalau tension2 ke g amik perfume...hidu..bau die buat kan saya rasa tenaaang sangat2...mungkin sedikit pelik tapi itulah hakikatnya.....^_^

saya suka kumpol perfume..tak kisahla ori ke..local ke...luar ke.....mahal ke..murah ke....bila dah suke,grab je..tak pandang kiri kanan dah..huhuhu.....dan bau yang paling menjadi pujaan hatiku adalah.......VANILLA...huuuu..sedapnya bau vanilla........sume yang berunsur vanilla I like!!!!ice cream vanilla..muffin vanilla.....cake vanilla..hahahhaha....

taraaaaa...ni je la yang mampu buat masa nih..botol kosong banyak tapi sume dah masuk tong sampah..malas la nak simpan...;))