Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Thursday 2 August 2012

Tips Pemakaian Perfume

Selamat Pagi Sahabat~!! Today dah 13 Ramadhan da..Cepat je kan.,.pejam celik pejam celik..da separuh bulan umat Islam berpuasa.. :)

So kali ni nak share ckit pasal tips pemakaian perfume yang betol..Mungkin ramai yang dah tau tapi ada jugak diantara kita yang masih tidak berapa nak tau ..Sharing is Caring... Jum teruskan pembacaan anda~!! ^_^









1. Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

4. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.

5. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.

6. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.


nota kaki = semalam dolce and gabbana..today carolina herrera.MUNGKINKAH?? :D

No comments:

Post a Comment

baca je??meh le komen cket ;)