Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Wednesday 15 August 2012

:: Lawak IT ::



Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.

Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.

Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang asyik melayan blog isuhangat semasa telefon kedainya berdering.


Sumardi: “Hello!”

Ajoi: “Halo..halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?”

Sumardi : “Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?”

Ajoi: “Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..

Sumardi: “Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..”

Ajoi: “Ok..ok.. ha done!”

Sumardi: “Cuba encik print lagi warna biru”

Ajoi: “Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!”

Sumardi:” Alamak … encik tak masuk ketat-ketat ker?”

Ajoi: “Dah ketat la wei…”

Sumardi: “Hmm… ok-ok jangan marah encik, cuba encik uninstall balik software printer tadi lepas tu encik install semula, nnt encik call balik.Takut encik salah install tadi.”

Ajoi buat uninstall printer tadi dan reinstall balik tapi masalah tadi tetap berlaku, dia call customer service tadi..

Ajoi: “Haloo! Tak boleh lagi lah!”

Sumardi mula pening dan minta bantuan kawan-kawan dia yang lain. Malangnya semua xde idea..

Sumardi: “En Ajoi, nanti saya cuba tanya orang HQ atau search kat google jap , nanti saya telefon encik semula.”

Setelah dua jam, Sumardi dan kawan-kawan dia tadi masih tak menemui jawapannya dan membuat keputusan supaya Ajoi menukar printer baru. Tiba-tiba AJoi call balik customer service tadi…

Ajoi:”Halo saya nak tanya lagi nih, adakah lebih baik kalau saya guna A4 warna putih daripada kertas warna kuning yang saya gunakan sekarang…?”



Sumardi: Terharu…sampai menitik air mata.



credit to isuhangat.net

2 comments:

  1. Haha, teringat dekat case saya.. client call marah2. katanya connection internet x dapat, dia kata modem rosak sebab lampu semua x nyala, suh antar technician cepat. marah sbb kerje dia tertangguh la.. Saya minta dia check dekat power adapter, mula2 x nk buat, last2 dia yg x on power..senyap terus.. panas je rasa dekat org macam nie..

    ReplyDelete
  2. amin - haha..selalu sangt da dapt user yg mcm ni..bdget dia je yg betol..bile suh buat checking takmo..terus nak marah2..bile p tmpt user rupenye tak on la....apela..time tu kena sound tepek balik la!!nyusahkan btol!hahaha

    ReplyDelete

baca je??meh le komen cket ;)