Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Tuesday 7 August 2012

Sukarkah Memahami Wanita??

Sukarkah untuk memahami hati seorang wanita???Memang majoriti lelaki akan cakap perempuan sukar difahami,kompleks dan sebagainya. Pelik jugak..mungkin lelaki itu belum cukup mengenali hati wanitanya. Sebab kalau dia kenal maybe dia takkan rasa cam tu kan? hehe  . Dapat pulak yang hati tisu !! haa..jenuh la nak paham ..iye dak?? hehe

Tapi betul ke wanita sukar difahami atau kamu yang lelaki ini terlalu ego sampai tak mahu cuba untuk lebih memahami wanita itu sendiri? Mungkin kadang-kadang kamu mendapat keluhan dari pasangan “betul ke saya ni susah difahami” atau “selama ini awak tak pernah nak faham saya”. Lepas tu adegan drama pun berlaku scene pujuk sana pujuk sini. Heh~ untungla kalau ade scene pujuk memujuk. Dapat yang jenis buat dunno je...malas nak amik tau..acaner plak tuh..kecian sungguh..Terpakse la membiasakan diri dengan situasi tersebut.,:P



Setuju atau tidak pertama wanita ini inginkan diri mereka dihargai? Inginkan kehadiran mereka itu disedari dalam hidup lelaki. Rasanya penghargaan itu bukanlah sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan, tapi lebih kepada sifat sayang itu sendiri. Jiwa wanita yang lembut dan selalu menyerlahkan kasih sayang, berbanding lelaki yang lebih menyerlahkan ego itu membuatkan mereka merasa segala-galanya perlu untuk disayangi. Menghargai rasanya tak perlu dengan kemewahan yang tinggi. Cukup dengan kamu wahai lelaki yang sentiasa berada disisi kami dan buat kami tahu bahawa kamu ini sayangkan kami.Tapi ramai rasanya yang salah tanggapan.Bila si wanita inginkan perhatian yang lebih mulalah yang lelaki nie berasa rimas , rasa di kongkong dan sebagainya.Harus di ingat ya , kami bukan berniat untuk mengongkong atau menyekat setiap pergerakan anda , kami suma mahu anda tahu yang diri kamu itu terlalu bermakna buat kami. Tiada istilah "kongkong" andai kamu dapat memahami isi hati kami





Perkara kedua dalam memahami wanita bila mereka berhadapan dengan masalah. Maksudnya,bila si dia berhadapan dengan masalah. Wanita tak sama dengan lelaki dalam menangani masalah. Wanita hanya perlukan tempat untuk dia bercerita ataupun dalam erti kata lain seseorang yang sedia mendengar keluhan hati dia. Dengan siapa lagi kalau bukan kamu wahai kaum adam?? Dengar luahan wanita ni tak susah seperti yang dijangka sebabnya kamu yang lelaki ini tak perlu susah payah fikirkan penyelesaian masalah kami kerana itu tak diperlukan.Kami tidak perlukan penyelesaian sebenarnya. Kami hanya inginkan seseorang yang boleh mendengar masalah kami..

Luangkan lah sedikit masa dengan mendengar apa yang kami ingin katakan dan jangan pula tidur masa dia tengah bercerita . Kalau tidur jugak..naseb kamu la wahai kaum2 adam!! hehe


Pemikiran lelaki dan wanita berbeza dan itulah sebabnya kedua-duanya merasakan bahawa amat sukar untuk memahami antara satu sama lain. Kalau cuba,sebenarnya tak susah mana sebab kamu kan saling melengkapi sebenarnya.hehe. ye ke?? :P

Apapun buat wanita, bukan orang lelaki ni tak sayang atau tak reti menghargai itu semua. Lelaki pun tahu apa itu sayang cuma mereka tak pandai nak serlahkan atau tunjukkan kasih sayang itu dengan jelas. Sayang lelaki ni ada cuma tak terlihat dengan mata kasar. Tu yang saya pegang sampai sekarang


p/s = hati wanita umpama teka-teki

7 comments:

  1. wah clazz gitu.... leh jadi Dr.Love nih.. :P

    ReplyDelete
  2. amin - ade la bakat ckit2..haha :P

    ReplyDelete
  3. ish2 memang... memang sukar betul nak memahami wanita nih,tgk comment date 13 August 2012 21:28 dia reply balik 15 February 2013 14:49 ....

    hehe ^^ suke lah.. hidup nie kene happy2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..inbx penuh la..xpasan..baru buat housekeeping..kuikuikui

      Delete
    2. Haha..inbx penuh la..xpasan..baru buat housekeeping..kuikuikui

      Delete

baca je??meh le komen cket ;)