Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Friday 17 January 2014

Cucur Ikan Bilis Rangup di Luar Lembut di Dalam .Sedap!

Assalamualaikum..Selamat bercuti sakan yerk korang! :)

Pepagi tadi bangun dalam pale otak ni dok terbayang cucur ikan bilis la!!! so pe lagi dengan lajunye ke dapur ...so mulalah membancuh..bukan susah sangat pon.... senang je la.....yang penting di buat dengan penuh kasih sayang.,.,kompem sedap! hehe .
Menu ni ringkas tapi sangat la lazat * tak tipu tak tipu :)


CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahannya :


1 biji bawang merah *dadu / dihiris
3 batang lada merah / hijau * bagi yang suka pedas , aku letak cili padi terus
1 genggam ikan bilis *cuci dan toskan*
3 cawan tepung gandum * untuk 2 orang makan
air *lebih atau kurang*
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng


so dipendekkan cerita meh skodeng gamba kat bawah ni yerk!...sila cuba wahai rakan2 sekalian... sedap oke! haha!



cara nak masak nye pulak gini ye :


1 - Campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter yang agak pekat. Biarkan sebentar dalam 10 minit. * ce tgk gamba atas tuh... gitule...kacau sekali je..jgn sampai cair pulak ye!

2- Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau keperangan.

3 - Angkat dan hidangkan bersama sos cili! * aku pakai sos cili TAMIN!sedapppppp




dan hasilnyee.,.tara!!! alahaii..sedap sangat da nih :P








Sedap dihidang bersama kopi or teh panas..memang menambah selera la! jgn cakap orang dewasa, anak2 pon pasti suke!! yang lagi best nye seronok tengok asben makan banyak..siap dia puji lagi sedap..kembang montot ooi!!! hahahaha :D




selamat mencuba ya! tata.,.~



5 comments:

baca je??meh le komen cket ;)