Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Monday 14 May 2012

Merajuk? Perlu ker?Perlu la~!!

Merajuk??ape tuh??perlu ker nak merajuk-merajuk neh??merajuk tanpa sebab bahaya jugak kan.,.kang tak pasal-pasal perang dunia sepuluh..acaner.,.tak pasal-pasal je kan.,.hehe.,.

Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. korang-korang sebagai lelaki perlu tahu teknik dan cara yang sesuai ketika menghadapi situasi itu.Nak bagi tips neh.,.nak ke tak nak.,.tak nak sila dok jauh-jauh yer.,.,.hehehe^_^

Merajuk ni bahaya ke? Kalau tak kena caranya, tak pasal-pasal putus pulak hubungan. Ada la sebab kenapa kami para wanita merajuk neh.. Mesti korang-korang yg laki neh tak ingat tarikh penting kami ke, tak belikan kami hadiah apa-apa ke ( tak perlu yang ni bg aku ), cemburu ke atau saja main-main nak uji pasangan sama ada pandai memujuk atau tidak.ngeh ngeh ngeh.,.~


Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk lelaki memujuk perempuan yang sedang merajuk dan mengembalikan mood mereka agar gembira semula. check it out~!

SENYUM

Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang ( macam kera sumbang je pulak.,.haha )

BUAT LAWAK

Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’. ( macam aku la..lalala ;p )


HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS

Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Nak skype ka...,Ym ka...WhatApps pon boleh...Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun. ( gedikk toii )


BUAT BODOH

Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan. (hmmm.,.kurang setuju dengan cara neh.,.makan dalam w0oo kalau dia wat bodoh je ngan aku.,.T__T )


MERAJUK BALIK

Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang.haihh.,.~! yang ni pon aku tak gemar sangat-sangat.,.,. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?=_="



merajuk itu boleh tetapi tidak perlu berpanjangan...kerana pasti ada hati yang akan terluka.,.

Cintai si Dia sepenuh hatimu..jangan sia-siakan hidup dan cinta yang telah diberi olehnya.,.

Mungkin dia yang terbaik bagimu.,.

Renung-renungkan~

2 comments:

baca je??meh le komen cket ;)