Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Friday 29 April 2011

:: Wanita VS Kereta::

Selamat petang sume....
Selamat beristirehat di hujung minggu nanti dan selamat menyambut cuti HARI PEKERJA ahad ini..=))
Wanita Vs Kereta???cam best plak topik cik fie petang ni kan?huhu...Biasanya kereta sinonim dengan lelaki tapi di zaman sekarang wanita pon apa kurang hebatnya kan?boleh dikatakan perempuan pon masing-masing sekarang sudah mampu membeli kereta sendiri...termasuklah cik fie....:D


Cuma penjagaan dan pembawakkan kereta antara lelaki dan wanita memang tersangat-sangat berbeza..EH!!! betul ker? >_<"


Kalau di jalan raya,tengok kereta slow kat depan mesti korang ingat pompuan yang bawak kan?Bila potong "kan betol pompuan , pompuan lau bawak mesti cam gini " EH Eh betol ker..??? kadang-kadang cik fie sendiri pon terpikir cam gitu tapi bila potong tengok-tengok LAKI!!
haaa..siap bercinta sakan lagi dalam kereta..cam ne lak tuh....>__<"


TAPI..kadang-kadang ada betolnye jugak....Kenapa perempuan (sesetengah ) bawak kereta macam nak pergi makan angin?bersiar-siar?Tak paham betol la...Bila kita berada di lane kanan tujuannya adalah untuk MEMOTONG kenderaan di sebelah kiri kan?tapi kenapa ada pengguna yang tak berperasaan ni bangga je dok lane kanan bawak kereta macam bawak kereta lembu!!aishhhh..itu dah menggeramkan pengguna jalan raya yang lain...Bila toleh perempuan juga yang bawa,,,Perempuan lagi dipersalahkan.....T__T


Bila jem @ time berhenti kat traffic light ataupon kita dengan berhati-hati drive kononnya..tiba-tiba ada plak sebuah kereta memotong disebelah kiri ataupon di lorong motosikal..Korang rasa apa? menyirap tak? cik fie pantang betol kalau orang potong Q ni..rase nak maki-maki pon ada..seb bek waras lagi..huhuhu...TAPI..biasanya keadaan begini LELAKI yang selalu buat. Jarang sekali tengok perempuan bawa kereta dengan jayanya begitu..=))



Bila bab penjagaan kereta? Rasanya lelaki lebih cermat dan pembersih dari wanita. Eh yer ker? okeh lau bab nie cik fie memang mengaku yang cik fie memang malas nak basuh dan mengemas kereta. TAPI cik fie rajin anta carwash..ala..setakat rm10 tu apa ada hal kan...huhu.... Wanita lain bagaimana? Dari segi pemerhatian cik fie, kereta lelaki diorang jaga macam bini. Yang ada bini pulak anggap kereta bini pertama , isteri bini kedua. Boleh tengok kat situ? Betapa sayangnya lelaki kepada kereta?ceehhh......nyampah je ....

Bila bab enjin? Perempuan tahu bawa kereta tapi tak mengambil tahu penjagaan enjin kereta. Tahu isi minyak bila minyak habis tapi tak ambil tahu penjagaan minyak yang lain-lain. Sebagai contoh, selalunya air dan minyak hitam kena selalu di periksa kerana nie salah satu penjagaan paling penting untuk sebuah kereta. Okeh yang nie cik fie tahu tapi tak pernah buat. Perempuan malas nak ambil tahu pasal enjin dan penjagaan kereta berbanding lelaki kerana ianya diluar minat perempuan berbanding lelaki memang expert mengenai itu. huhuhu..

Actually cik fie nak cerita pagi tadi bila cik fie start enjin kereta..tak bleh start!!
feehhh..cuak tahap gaban dah time tuh...adess.....kereta saya buat hal???janganla....segala mood telah berubah secara mendadak bila kereta tak bleh start..secara tiba-tiba semua lampu.alarm dah tak berfungsi..rase nak jerit je time tuh..hikhikhik..kelakar tol..maklumlah...
cik fie kan perempuan..mana la reti bab-bab kereta nih..^__^
Seb bek ayah cik fie ada..balik je dari masjid terus cik fie suh dia tengokkan laki cik fie no2 nih..aishhh..buat suspen tol la!!!!kepala battery longgar!!aik......baru pakai 3 bulan dah longgar sana..longgar cini...cm mane kereta malaysia ni nak maju....TT____TT...

Nampaknye lepas ni cik fie kena tau serba sedikit pasal kereta kalau tak nak RM melayang sesuka ati....


Kesimpulannya, wahai wanita-wanita di luar sana marilah kita menjadi seperti lelaki yang sangat cermat menjaga "bini" mereka. Jangan tahu pandai bawak jer tapi tak tahu penjagaan. Hati-hati bila memandu, jangan bawak kereta anda secara bersiar-siar. nanti lelaki akan kata "patutlah perempuan rupanya" . Lelaki pula jangan terlalu ego dan menyalah kan perempuan aja taw. 
T___T


Dan ini adalah rupa laki no2 cik fie..saya sayang kamo..tolong jangan buat hal lagi ye.....=))




-Pandu dengan cermat jiwa selamat.-





6 comments:

  1. xper la..lama2 nanti taw la pasal kereta sikit2...

    ReplyDelete
  2. hehe..takde da bau kedai cik bunga oit....hahaha...
    thx darling...baru nak follow i ye..huu..~

    pstt2..adiah ape la tu?bg free jela..;p

    ReplyDelete

baca je??meh le komen cket ;)