Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Wednesday, 27 February 2013

Egonya Lelaki Emosinya Wanita

Assalamualaikum w.b.t

Seringkali kita mendengar lelaki melemparkan kata " Susahlah bercakap dengan wanita , terlalu emosional " " tak boleh di bawa berbincang " . Seorang wanita pula sering memberi tanggapan prejudis terhadap lelaki " Orang lelaki ni terlalu bersikap EGO.. " Langsung tak pernah nak memahami isi hati wanita" . Benarkah begitu?? Padahal kedua-duanya mempunyai tanggungjawab  yang di amanahkan oleh Sang PenciptaNya...~




Benarkah ego lelaki tidak dapat menandingi ego wanita? benarkah ego si lelaki lebih dasyat dari egonya seorang wanita? atau benarkah wanita yang terlalu kejam menunding jari ke atas lelaki? Tanpa sedar dirinya sendiri mempunyai ego yang agak tinggi? 

Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ".
 
Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahawa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat - sifat kepimpinan. That so0ooooo true.....lelaki di ciptakan untuk membimbing wanita. Menasihati wanita andai ada kesilapan. Kerana kesabaran lelaki lebih banyak dari kesabaran wanita. Andaikan wanita boleh membimbing ,semestinya akan berlaku kesulitan kerana wanita dan emosinya tidak dapat di pisahkan..

Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan wujud tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fizikalnya sebagai seorang wanita??? 

Lelaki harus paham..Wanita hatinya sangat rapuh.JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :

" Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik..."


Begitula kehidupan kita..banyakkan bersabar..banyakkan nasihat menasihati sesama kita..Just give n take....  SALAM~


No comments:

Post a Comment

baca je??meh le komen cket ;)