Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Monday, 17 February 2014

Rezeki Allah


Doa Nabi Zakaria Memohon Diberi Anak yang Soleh


doa..usaha..tawakal..sungguh Allah itu maha mengetahui...SENYUM...biarla mereka berkata..kita tetap SENYUM... :)

Sekadar renungan....


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


See???
Rezeki itu ada.... Always ada...

Cuma cara atau kaedahnya berbeza-beza untuk setiapnya kita...
Maka, bersyukurlah... Nikmatilah apa yang ada...
Redha apa adanya....
Kerana kita sendiri tak pernah tahu dan perasan akan rezeki kita sebenarnya...


Rezeki aku???
Biar aku dan Dia sahaja yang tahu...Dan aku bersyukur dengan setiap pemberian dariNya.. :)


No comments:

Post a Comment

baca je??meh le komen cket ;)