Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Thursday, 31 January 2013

Peplum Ribbon with Skirt

Selamat Pagi!


meh cuci-cuci mate meh ^_______^

New at Market!! Warna Pelangi oke..lawa-lawa je tinguk neh.,.










C8100

Lycra Mermaid Skirt

## RM55.00 ##

Size : Free Size (Can fit S to XL)

Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)

Measurement (width) :
Waist : 13~15inch
Hips : 18~20inch
Length : 43inch


________________________________________



Blouse Peplum With Ribbon!! mesti cumil kalau wear kan.,.eh! :)









Design Belakang cam gini ye...





Long sleeve Lycra peplum blouse attached together with ribbon

## RM45.00 ##

Material : It made from lycra material (soft,smooth & stretchable)

Size : Free size, It can fit for S - XL size only

Measurements (Width Only) :

Shoulder : 16~19inch
Bust : 18~22inch
Waist : 15~17inch
Hips : 35~38inch
Length (shoulder to floor) : 28inch




____________________________________________

P/s = Limited Stock..Sape cepat dia dapat taw!




Untuk order bole direct email ke
nurhafiza.jaafar@gmail.com

Wednesday, 30 January 2013

FELINNA - INCH LOSS lotion




Sana sini orang dok heboh pasal Felinna Inchloss Lotion ni.. Especially kat FB sana.. Amboi orang pompuan ni kannnnn... pantang kalau bab-bab nak kurus.. nak cantik.... sanggup berhabis.. * samela kite :D


Apa yang istimewa sangat dengan Losyen neh? teruskan pembacaan di bawah ;)


1) Lotion ini berbau wangi dan tak terlalu panas. So kalau kita pakai takde lah orang terbau minyak angin ke, serai ke.. dan yang bestnya rasa berangin tu boleh bertahan sampai sehari suntuk.. If tengah buat kerja dan berpeluh sikit, lagi rasa berangin je... Maybe lotion tu tengah 'bekerja' untuk proses pembakaran lemak kot...

2) Hanya sekali sapuan anda boleh lihat perbezaan inci anda (pastikan ukur dulu sebelum guna).. Ramai customer yang 1st time sapu, bila ukur balik dah berkurang 1/2 inci.. 

3) Inchloss diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk wanita hamil, menyusu atau gastrik.. (Untuk yang pregnant sila jangan sapu kat perot or belakang pinggang) kang baby dalam perut menggeletik plak beranginnnn jer.. hahahha... Tapi direcommendkan untuk pakai semasa dalam tempoh berpantang untuk cepatkan proses kempiskan perot tu.. sebab lepas bersalin perut akan menggeleber dan lembik, so lagi senang untuk lotion ni bantu firm kan balik bahagian menggeleber tu yer.. sila lah ;)

4) Boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan.. jadi kalau yang dah memang kurus tapi sekadar nak buang lemak kat paha je ke.. boleh lah sapu kat paha jer... ada orang kurus.. tapi paha gemok, bontot gemok, lengan gemok.. so korang sapu kat bahagian situ je ok? Sesiapa ada double chin, boleh lah sapu kat chin jer.. 

5) Sesuai juga untuk lelaki yang prihatin bentuk badan menarik.

6) Dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

7) Telah mendapat kelulusan dari KKM & Logo Halal.. tiada ragu-ragu, dijamin selamat ;)

8) Siapa-siapa yang tengah on diet, kalau nak cepatkan lagi proses pembakaran lemak, lotion ni sangat sesuai.. pasti hasilnya lebih pantas..





amboi..kuyus nye pp kak Fel ni..jeles ai tau.,.,.


CARA GUNA:

-picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang memerlukan sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut lawan jam) beberapa kali atau sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.

-sapu 2x sehari, sebaiknya selepas mandi dan juga malam sebelum tidur.

-boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (ibu dalam pantang juga boleh mengamalkannya)




Tips nak kuyus laju2 dari kak fel sendiri..check it out~! Zoom untuk tumbesaran ya!













HARGA:
RM75 SEMENANJUNG
RM80 SABAH/SARAWAK
180ML/BOTOL



Kalau korang masih was-was dengan product ni di galakkan buat research dulu before beli..tengok testi2 pengguna yang da berjaya mendapatkan tubuh idaman!  :)






Untuk order bole direct email ke 
nurhafiza.jaafar@gmail.com















Tuesday, 29 January 2013

FELINNA: VITAMIN-C PLUS PURE COLLAGEN 5000MG




TERBARU!!


Selepas sambutan hangat diterima untuk produk krim pelangsingan badan, INCHLOSS, kini Felinna Beauty mengorak langkah mengeluar dan memasarkan produk supplement yang bakal mencetus fenomena baru terutama bagi mereka yang aktif dan sibuk namun dalam masa yang sama turut mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhan.

Felinna Vitamin C plus Pure Collagen 5000mg, satu2nya produk keluaran bumiputera yang menandingi produk antarabangsa!


HARGA:
RM85 SEMENANJUNG
RM90 SABAH/SARAWAK
30biji/kotak





KANDUNGAN UTAMA:


*Kolagen marin - Sumber berkualiti premium yang mudah diserap badan, bertindak sebagai agen antipenuaan yang turut memelihara kekuatan tulang/sendi, kuku dan rambut serta mengekalkan keanjalan dan tekstur kulit agar kekal lembab, halus dan sihat bercahaya.


*Glutathione - Mencerah, menyamaratakan tona kulit serta menyingkirkan toksin dan radikal bebas di dalam badan, seterusnya mengurangkan kedutan halus, noda2 hitam dan pigmentasi.


*Vitamin C - membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, komponen penting untuk mengoptimakan peranan kolagen dan glutathione di dalam badan, memperbaiki, merawat dan membantu pertumbuhan sel2 baru lebih cepat selain menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat juga melambatkan proses penuaan pramatang.


*Ekstrak sitrus - mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit.


DOS PENGAMBILAN:

Ambil 1-2 kapsul sehari sebelum tidur (makan malam 3-4jam sebelum itu). Minum banyak air sepanjang hari untuk membantu badan menyah toksin dan melancarkan peredaran darah bagi memaksimakan kesan penyerapan vitamin C ini.

Reg no :ULUKM/1542/12 
Halal ref No : 150127-PR 
MFG :1012



**Hanya sebiji sehari untuk membantu badan cergas dan sihat selain memelihara kecantikan kulit..






Untuk order bole direct email ke 
nurhafiza.jaafar@gmail.com





mende AES neh??

Lokasi kejadian
Hway Plus menghala Tol Sg Besi - Persimpangan kajang
Waktu : 9:20pm



Aes tu bukan dia snap kesalahan kelajuan je ker? aku sangat2 mushkil ni sampai termimpi2 malam tadi.. Asal dia snap WUU aku erk? aku bawak 80 km/j da kot semalam..

Pegang HP dalam kereta pon kena snap jugak ker? =_="

0oooo.,.,tak pasal2 kena snap ngn Aes malam tadi..deng~!!


notakaki = nak claim kt incik tunang la sebab dia yang msg malam tadi.,.:P



Wednesday, 23 January 2013

Too much sharing





I have a problem .Everyone have a problem . Even animals have a problem too . I guess..
All because of Social network . Why do I say that? Kita jadi ketagih..excited untuk meluahkan semuanya di laman sosial.. Even benda tu sepatutnya kita simpan..still kita rasa nak update jugak.. Immediate respond make us forget the long term effects. Sehingga kita lupa untuk berfikir secara warasnya tanpa memikirkan ada pihak2 yang tersinggung. Sebab kita pon berpikiran singkat ketika mengupdate luahan tersebut.

Twitter , Facebook , Forum , Blogging..It a best platform I think to express my feel...tapi kadang-kadang kita lupe...because of this things la yg boleh mengeruhkan lagi keadaan .Like i said before...we dun think the long term effects. Sometimes , benda yang kita luahkan di salahertikan. Kita luahkan lain tapi orang mengerti lain . Bagi yg kaki kepoci tu lagi truk..Terus jadi radio bergerak!! menyampaikan berita tanpa gaji sesen pon! Because people just love to gossip. Damn..it's soo TRUE~!! People love gossip.

Like me , aku suka kongsi ape yang aku rasa..Gumbira..sedih..terluka..marah..geram..everything I share it!But WHY??? It compulsory to share it?? Niat meluahkan bukan untuk suka-suka... dengan harapan dapatla motivation daripada rakan-rakan yang memahami , some which actually does help. Tapi, akan ada pula manusia kat luar sana, yang gunakan konflik ini, dan jadikan isu untuk jatuhkan or malukan kita, or maybe if something bad happens, diorang akan kata "Hmm memang padan jadi macam tu.."

In another situation , kita luahkan ape yang kita rasa..tapi tidak secara detail..contoh " kenapa dia buat aku cam ni erk? " and this will start to make people think, "Dia ni cakap pasal siapa? " dan mulalah orang akan buat andaian sendiri..ooo0ooo..ni mesti kes gaduh laki bini neh.."  etc... atau " benci gile aku ngan ko! " Lepas tu mulala ramai orang yang terasa..Even kita tak mensi sesape pon..kenapa ramai yang terasa ye ? tak pon mula la ade wartawan bergerak dok siasat sape la yg di maksudkan itu..busybody la katakan...kunon nak jadi paparazi la kot.... SEE??? nampak tak permainan social network di situ? 

Dalam kehidupan harian pon jadik jugak...not in social network only . Kita perlukan someone yang bole mendengar , memahami ape yang kita rasa saat itu . But bile kita share with a wrong person , benda tu jadi lain. Mula la tersebar dengan begitu meluas..terlalu cepat..Apa yang kita harapkan ..tidak tercapai!! Malah orang mula mengata. Orang yang tidak tau asal usul cerita dengan pantas menilai kita. Siapa yang perlu di salahkan dalam hal-hal sebegini? Bukan niat untuk menunding jari tapi kadang-kadang tak paham kenapa ada orang yg sebegini..Begitu seronok menyampaikan berita yang belom sahih kebenarannya...and yes,,Because people just love to gossip.


So ,kesimpulannya..Even kita ada masalah sekali pon, biarla kita mengadu kepada Allah s.w.t . Biarlah kita merintih denganNya. Apa Dosa kita , apa silap kita ,merintihla denganNya. Sesungguhnya Dia tempat mengadu yang paling terbaik .Dia mendengar setiap luahan kita...
Memang kita perlukan kawan untuk meluahkan ape yang kita rasa ,dengan harapan kurangla sedikit bebanan yang kita tanggung.... tapi berhati-hatila..tidak semua orang dapat memahami ape sebenarnya yang kita luahkan. Tidak semua orang suka mendengar masalah kita . Tapi tu la kan , bila perasaan kurang sabar menguasai diri , perasaan untuk berkongsi membuak-buak. Sungguh kesabaran itu sangat penting dalam diri kita.

Sometimes there are things we need to keep. Biar Allah sahaja yang tahu

Salam



Thursday, 10 January 2013

kerang rebus cicah air asam


Demam2 ni anak tekak ngidam makan benda yg simple2 je.,.,.maklumla..tekak pon bukan rase sangat pon..makan yang sedap2 pon rase cam rugi je.,.EH~!

Tp kali ni ngidam pelik skit..selalu demam nak makan bubur ayam MCD..tp sebab aku still dalam mud boikot MCD..so tetibe rase nak makan kerang rebus...cicah ngan air asam..sedapnyeee laa haii.,.:D

so p cari bahan2 nye pastu masak!!!



Resepi air asam 

1 bijik cili merah - di hiris / di tumbuk
5 bijik cili hijau - di hiris / di tumbuk
sedikit belacan
1 bijik bawang besar - potong halus / dadu
perahan air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
sedikit perahan limau nipis

rebus kerang beserta sedikit air dan garam. Tapi ade orang kate rebus kerang tak payah guna air untuk rasa yang lebih enak..aku tak penah plak cuba...ikut kreativiti masing2.,.:D. pastikan kerang betul2 da masak dan toskan.

bancuh air asam beserta bahan2 di atas..kacau sehingga sebati rasanya!! siap!! simple kan? ni namenye dapur orang bujang.,.heheheh



jumpe di lain entry! ^_^

Wednesday, 9 January 2013

Bila sakit menyerang kembali

Selamat pagi..

ari ni gagahkan diri masuk opis walaupon sebenarnya aku masih tak sehat lagi...doc just bagi MC sehari je semalam..nak buat cam ne kan..terpakse la kuatkan diri masuk opis today...

2 hari lepas punya cerita

balik kerja terus tido sebab badan memang tak larat giler ..macam ade something yg berat kat badan n kepala aku sampai aku nak angkat kepala pon tak larat. sudahnya baring atas tilam n tido jela.,.,.
malam tu terjaga....ya allah..panasnye badan aku! sah demam nih.,.lame rase nye aku tak demam.,.last demam pon aku da tak hingat.,.. idung pon da start penuh cendol homemade nye.,.tekak sakit ..tapi tak batuk2 lagi.,. seyes langsung tak leh nak bangun..text incik tunang ngadu tak sehat .*gedik..hehe...

semalam nye cite

subuh2 da terjaga...kepala berat gile nak angkat..amik hp...text supervisor cakap MC ...sambung tido...
bangun2 da kol 9am..time tu aku rase tilam aku still panas..mean badan aku la tu yg panaskan..tapi tak sepanas malam tadi..da start peluh2.,.,.demam nak kebah orang kata...mandi pon ala kadar je sebab memang badan lemau gile...start enjin kete terus p klinik kat sri permaisuri..masuk2 klinik je terpegun jap..ya ammpuunnnn.,.,.,. ramainye makhluk..diorang ni sakit jugak ke cam aku? EH!! tetibe je.,.hehehe.,.,.


2 jam selepas itu.,.

korang bayangkan...aku p klinik swasta kot? da rase cam p klinik gomen da.,.,.lems giler..da tau ramai pesakit buatla keje tu cepat cikit..ni tehegeh2... sampai turn aku hampir 2 jam kot aku tgu..aku da tetido2 da kat sofa tu .,.da leh ciap mimpi p london lagi.,.XD

Masuk bilik doktor tengok doctor pompuan..terus tak jadi nak marah ke hape..hohoho..seb bek doktor tu layan mesra ...terus tak ingt aku kena tgu lame.,.:P

doctor : fiza..awak kenapa? sapa doktor mesra
aku : saya batuk selsema sakit tekak dan demam doctor...
doctor : wah..full pakej ye..senyum je doctor ni ..bagus betei
aku : aah..full pakej doc..tapi ari ni panas da kurang ckit doctor..senyum

doctor tu amik suhu aku...pas tu dia cakap..
doc :ni demam lagi nih...panas lagi badan awak nih.,.,brape lame da tak demam?
aku : lama jugak ...tak ingat da
doc : tu la..ade orang bile lame tak demam..sekali demam teruk...macam awak ni la.,.so saya bagi ubat..habeskan ubat ...baru cepat baik...
aku : angguk2 pale ..



Diagnosis penyakit = URTI ( Upper respiratory tract infections )




p/s = sakit itu penghapus dosa2 kecil..syukurla kerana Allah menguji dengan cara begini






Monday, 7 January 2013

Cuti-cuti Malaysia.,~

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu 

Last weekend bersama kesayangan2 pergi cuti2 malaysia di PD  . Besh sangat2 sebab lame giler tak jumpe mereka2 ini..rinduu~!!! 

Taraa.,.,.sampai suda kami di lokasi kejadian.,.ceehh.,.,.padahal jauh lagi kot resort tuh..hoho XD

So kitorang check in di PNB Ilham resort. Suasana resort ni best sangat.,.memang dekat giler ngan Laut.,. aku rindukan kedamaian.,.,.:P

Resort ni betul2 sebelah Hutan rekreasi Tanjung Tuan..Eh~!! Tanjung Tuan tu da masuk melaka tau.,.so kire kitorang p N9 n melaka terus la.,.senang! haha 

Ahad

Pagi ahad aktiviti aku ngan cik mot menikmati keindahan alam semula jadi.,.sebab kitorang ni memang suke bende2 macam nih.,.eh ! suke la sangat kan.,.lalala.,.,.rakan2 yang lain bersama anak2 mereka mandi pool.,.kitorang malas. so p naik tanjung tuan sebab nak p tgk rumah api tuh..dengan harapan dapat la naik.,.,.
rumah api ni takde la jauh sangat tapi sebab bukit nye tinggi so agak semput jugak la aku nak sampai ke puncak..biasela.,.orang kuyus kan .,.:P

pemandangan dari bawah setelah sampai.,.nampak tak??tu la rumah api nye.,.ingatkan leh terjah..sekali.,KAWASAN LARANGAN da.,.hampa T___T


tapi kawasan sekitar memang sangat2 besh.,.,.tambah2 plak dengan angin sepoi2 bahasa..memang besh la kalau nak lepak kat atas nih .,.hehehe

see? tenang je tengok air laut yg biru kehijau2an itu.,. :D




gamba before check out...next location..nilai 3.,SHOPPING TIME~!! :D



k la.,.,actually pas balik from Pd ni terus aku rase nak demam.,.sakit tekak n batuk2.,.so entry kali ni agak simple but hopefully korang enjoy reading it!  k bai..~




Friday, 4 January 2013

Apa Itu CCRIS?

Assalamualaikum dan selamat petang~!!





Apa itu CCRIS? seyes dulu aku tak brape nak paham ape la menda alah ni kan.,.sampai la bila da ade loan sendiri baru aku paham ape function CCris neh.,., :D

Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Terdapat lebih kurang 9 Juta maklumat pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di dalam sistem pangkalan data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas terhadap saman atau bankrupsi.

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.



nota kaki : sudahkah anda check CCRIS anda? Saya sudah! dan nama saya CLEAR.,. :D