Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Wednesday, 30 May 2012

:: OST Ameera ::



Drama baru dalam slot Samarinda bertajuk Ameera arahan Murali Abdullah menggantikan drama Mahabbah yang dah berakhir minggu lepas..1st time aku tengok iklan OST ni rase cam tak sabar nak tunggu cite ni start..apesal ntah...maybe hero dan heroin dia lain dari yang len kot?yela..asek tgk hero yang same je kan..muak gak..bile ade sedikit perubahan dalam industri perfileman nih,rase nyer kena tengok kot?hehe...:D

Ameera di bintangi oleh Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina Af, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hairi anak wayang dan Sabrina Ali ..aku tengok bab rita rudaini je kot..she's very beatiful ok..aku memg admire ngan dia dari dulu.,.sayang kakak rita~! ^_^

Menggunakan tagline "DEMI ZURIAT sebuah PERJANJIAN TERMETERAI" drama Ameera ini mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. Sepanjang beberapa episod yang aku dah tengok, Rita Rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tidak mempunyai anak, sudah berkahwin selama 5 tahun bersama suami tercinta tetapi dipaksa untuk membenarkan suaminya berkahwin lain bagi memenuhi kehendak ibu mertuanya yang teringinkan cucu. Atas desakan ibu mertuanya akhirnya Ameera bersetuju membenarkan suaminya berkahwin lain dengan syarat calon madu adalah pilihan Ameera sendiri. Ameera mengupah seorang wanita lakonan Zarina Af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (lakonan Syamsul Yusof). Kemudian wanita tu akan diceraikan dengan upah RM350 ribu selepas melahirkan zuriat....( sampai semalam nyer cerita je aku tau....hehe ;D )

amacam??cam besh kan??kan aku dah cakap..mesti besh punyer..hehe.,.,.semestinya cerita ni banyak konflik...banyak pengorbanan..banyak air mata..banyak kejahatan....banyak penipuan...so kalau nak tau cite ni besh ke tak..same2 la kite tgk cite ni ye....jangan lupa tau~!!oh ye...lagu tema cite ni pon besh...---> Andai Ku Bercinta Lagi by Mojo



p/s - lama tak buat karangan 360 patah perkataan.,.;D

2 comments:

  1. mlm td dah tertdo...
    beriya dok tunggu dpn tv. husband pon xnak kejutkan plak tuh...eiiii

    ReplyDelete
  2. pinklavender - alaa...ruginyer...nanti tgk kat tonton tau!! ;)

    ReplyDelete

baca je??meh le komen cket ;)