Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Wednesday, 30 May 2012

:: Mara o0oo Maria ::

www.mara.gov.my/ebaki - page yang agak lama dah tak di kunjungi..

Masuk ID pengguna...ptm...,
Masuk kata laluan....percubaan pertama...Failed...
Masuk lagi...percubaan kedua...Failed..
Try lagi...Failed..try lagi..Failed gak....


Damn~!!!ape password aku neh!! bebel-bebel....


oh..seb bek perasan ade link untuk tukar kata laluan...klik... DONE...



Keluar Baki/Penyata Biasiswa & Pinjaman Pelajaran page.....,






oohhh yeaahh!!!tinggal ni je nak bayar..bukan banyak mane pong.,.lalala.,.,.tapi yang tak banyak ni la yang aku liat nak bayar!!huhu



p/s = pas ni boleh pikir loan rumah pulak..InsyaAllah ^_^

:: OST Ameera ::



Drama baru dalam slot Samarinda bertajuk Ameera arahan Murali Abdullah menggantikan drama Mahabbah yang dah berakhir minggu lepas..1st time aku tengok iklan OST ni rase cam tak sabar nak tunggu cite ni start..apesal ntah...maybe hero dan heroin dia lain dari yang len kot?yela..asek tgk hero yang same je kan..muak gak..bile ade sedikit perubahan dalam industri perfileman nih,rase nyer kena tengok kot?hehe...:D

Ameera di bintangi oleh Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina Af, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hairi anak wayang dan Sabrina Ali ..aku tengok bab rita rudaini je kot..she's very beatiful ok..aku memg admire ngan dia dari dulu.,.sayang kakak rita~! ^_^

Menggunakan tagline "DEMI ZURIAT sebuah PERJANJIAN TERMETERAI" drama Ameera ini mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. Sepanjang beberapa episod yang aku dah tengok, Rita Rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tidak mempunyai anak, sudah berkahwin selama 5 tahun bersama suami tercinta tetapi dipaksa untuk membenarkan suaminya berkahwin lain bagi memenuhi kehendak ibu mertuanya yang teringinkan cucu. Atas desakan ibu mertuanya akhirnya Ameera bersetuju membenarkan suaminya berkahwin lain dengan syarat calon madu adalah pilihan Ameera sendiri. Ameera mengupah seorang wanita lakonan Zarina Af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (lakonan Syamsul Yusof). Kemudian wanita tu akan diceraikan dengan upah RM350 ribu selepas melahirkan zuriat....( sampai semalam nyer cerita je aku tau....hehe ;D )

amacam??cam besh kan??kan aku dah cakap..mesti besh punyer..hehe.,.,.semestinya cerita ni banyak konflik...banyak pengorbanan..banyak air mata..banyak kejahatan....banyak penipuan...so kalau nak tau cite ni besh ke tak..same2 la kite tgk cite ni ye....jangan lupa tau~!!oh ye...lagu tema cite ni pon besh...---> Andai Ku Bercinta Lagi by Mojo



p/s - lama tak buat karangan 360 patah perkataan.,.;D

Monday, 28 May 2012

Ayam Penyet Wong Solo

Kali ni lunch kat Wong Solo pulak..made from Indonesia..dan sudah semestinya halal oke..
Konsep restauran yang sangat santai bagi aku....;)




Specialnya kat sini .....

|
|
|
|

Ayam Bakar dia...nak tau sedap ke tak..meh le kite try..^_^



so aku decide nak try ayam bakar yang orang kate sedap sangat tu kan....so far..okla...rase dia cam rase ayam paprik tp special skit....kirenyer boleh la tekak orang melayu cam aku ni makan makanan cam gini ^__^ ..Beliau pulak try ayam penyet...pon ok..;).kitorang amik yang set je..malas nak pening-pening ..harga pon takde la mahal sangat..standard je.,.~



taraaa.,.,.teruja tak tengok air aku neh???baru tgk belum rasa lagi...huhuhu...Alpukat juice a.k.a avocado juice.peehh!!wallahh~!!memg pekat giler air juice kt cini....berbaloi dengan hargenye,..cume air nih buat aku rase muak ..pekat sangat kot?



as usual..fav beliau..manggo juice ^_^



macam biase la kan..mestila nak selit muka aku jugak..hehe ;D







alhamdulillah..kenyang sudee.,.,see... licinkan kitorang makan..huhuhu...plan nak pergi ke hari belia di putrajaya terpaksa di tangguhkan buat sementara waktu gara-gara kekenyangan yang amat.,.




sekian~














Arabic Food - Saba

Lame tak makan arabic food...aku tak gemar sangat coz kalau g sane mestilah yang specialnya kambingkan??dukacitanya aku takleh makan kambing neh...ti bile aku makan mula aku berada di awangan.,.( pening-pening lalat) ..~

Rase cm rugi bile g sane tak try lamb dia kan?tapi dah tak boleh makan..kena la pose kambing.,.;P


Lunch ngan kesayangan kat Saba Rest^_^


*gamba ni aku curik kat pakcik google jer.,.ngehngehngeh^_^



Baru 1st time try yang nih..Mandi Chicken...rase dia.,.ok.,.sedapp~!!!pas ni boleh try lagi.,:)


Kabsah Lamb..seyes...aku takleh telan..tp kena pakse telan jugak.,.nanti ade orang merajuk.,.haha ;p


yum2..ready to eat~!!!



macam biase la..aku ni kan pantang nampak camera.,.,lalalala ;D

|
|
|
|
|
|
|






Pembaziran sedang berlaku..aku dah tkleh nak sumbat lagi..tp tahniah untuk beliau..kerana berjaya menghabiskan.,. ;)






p/s = pas makan terus ngantok..Zzzzz~

Thursday, 24 May 2012

:: Siaran Tergendala ::

.............................................................................

Bersendirian memberi aku ruang untuk berfikir sejenak....,~


Geram....

Terkilan....

Sedih....

Kelopak mata aku basah tika ini..
Bergenangan air mata memikirkan apa yang sedang berlaku...
Akhirnya gugur jua mutiara-mutiara kecil membasahi pipi...
dan lagi..
dan lagi..

SEPI....


Merajukkah hati kecil ini???









.................................................................................................................




Wednesday, 23 May 2012

::angan-angan si Mira ::



11.50pm

krreeekkkk...., pintu bilik terbuka luas...mira masuk dengan muke seposen...,,,aku cam biase la...baring sambil layan cite omputih kat TV nun~

aku : cam ne leh kantoi beb?
mira : pok pek pok pek...,
aku : padan!!!pok pek pok pek..hahahahaha.,.
mira : hahaha.,.pok pek pok pek.,.

aku : da2.,.g tido..kol bape dah neh...
mira : aku nak tido ngan HP aku.,.sengih-sengih...,
aku : peehh!! selalu cakap nak mimpi anak raja..haha.,.ada yang masuk mimpi ni kang.,.,


3.00am

mira : pok pek pok pek ( tapi nada len dari biase )
aku : sah2 la minah ni ngah mimpi besh neh..len macam je neh.,.,.~

nota kaki : seb baik 1st date aku tak macam tu.,.heee~ :D


Monday, 21 May 2012

:: senangnya dalam hati::

........................................................

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu




............................................................

lelaki hamil...!!!!

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

kuang kuang kuang.,.~


p/s = sila pastikan kejadian ini tidak berlaku kepada adam2 sekalian.,.,.heee.,.:D

credit to CeritaLawak

Saturday, 19 May 2012

:: macam menarik je,...,~ ::

Dia kate , dia nak calon isteri macam nih :


1.beriman
2.bertaqwa
3.seksi.,.,~

p/s = baru aku paham apa itu seksi,...,~^_^

Penceroboh akan di dakwa!!



belog aku dah ada CCTV..korang nampak tak??kat ujung belah kanan korang tuh...haaa.,.,.sape stalker blog aku.,.,akan dapat di kesan w0o..hahaha.,.,.PEACE ^_^

Monday, 14 May 2012

Merajuk? Perlu ker?Perlu la~!!

Merajuk??ape tuh??perlu ker nak merajuk-merajuk neh??merajuk tanpa sebab bahaya jugak kan.,.kang tak pasal-pasal perang dunia sepuluh..acaner.,.tak pasal-pasal je kan.,.hehe.,.

Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. korang-korang sebagai lelaki perlu tahu teknik dan cara yang sesuai ketika menghadapi situasi itu.Nak bagi tips neh.,.nak ke tak nak.,.tak nak sila dok jauh-jauh yer.,.,.hehehe^_^

Merajuk ni bahaya ke? Kalau tak kena caranya, tak pasal-pasal putus pulak hubungan. Ada la sebab kenapa kami para wanita merajuk neh.. Mesti korang-korang yg laki neh tak ingat tarikh penting kami ke, tak belikan kami hadiah apa-apa ke ( tak perlu yang ni bg aku ), cemburu ke atau saja main-main nak uji pasangan sama ada pandai memujuk atau tidak.ngeh ngeh ngeh.,.~


Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk lelaki memujuk perempuan yang sedang merajuk dan mengembalikan mood mereka agar gembira semula. check it out~!

SENYUM

Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang ( macam kera sumbang je pulak.,.haha )

BUAT LAWAK

Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’. ( macam aku la..lalala ;p )


HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS

Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Nak skype ka...,Ym ka...WhatApps pon boleh...Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun. ( gedikk toii )


BUAT BODOH

Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan. (hmmm.,.kurang setuju dengan cara neh.,.makan dalam w0oo kalau dia wat bodoh je ngan aku.,.T__T )


MERAJUK BALIK

Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang.haihh.,.~! yang ni pon aku tak gemar sangat-sangat.,.,. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?=_="



merajuk itu boleh tetapi tidak perlu berpanjangan...kerana pasti ada hati yang akan terluka.,.

Cintai si Dia sepenuh hatimu..jangan sia-siakan hidup dan cinta yang telah diberi olehnya.,.

Mungkin dia yang terbaik bagimu.,.

Renung-renungkan~

Wednesday, 9 May 2012

Permintaan Hati


Ya Allah,                                                                      

Andai Hatiku Tertaut Lagi ,
Pada Cinta MANUSIA,
Jangan Engkau Biarkan Ia RAPUH,
Di telan Rasa Terlalu BAHAGIA,
Semaikan Wajah RINDU,
Hanya Untuk DiriMu..

Kasihkan Sinar Cahaya IMAN,
Di Dalam Kalbuku...

Kerana Ku Yakin..
PASTI ada Jawapannya..

Ya Rahim,

Izinkan Aku Bertemu Dengan Penerima Tulang Rusukku,
Insan yang Mampu Menuntur Jiwaku,
Menjaga Adabku,

Dan JUGA..

Insan yang Mencintaiku Dengan Penuh KASIH,
Dan Sayang DariMu...


Moga bersama Mencapai Bahagia Di Dunia Dan Akhirat

Friday, 4 May 2012

Bila cuti panjang,.,.~

Auchhaaakk~!!lamanye tak update belog neh.,.,.tangan ni rase gatal sangat-sangat nak menaip tapi takde mase.,.,.keadaan kerja yang semakin menimbun sejak kebelakangan ni .,.=_="

Entry ni aku tak nak bebel banyak-banyak just nak share something ngan korang.,.kesemua gamba diambil pada minggu lepas..baru ade mase nak upload..kalau rase nak muntah ijau ka apa ka pas tengok sume neh..sile tekan button X laju-laju k..hahaha.,.,XD



29 april 2012


nak p wedding rakan kat batu pahat..so before gerak adalah wajib untuk aku snap pic sendiri...^_^



pengantin jauh di depan..tak sempat nak snap together-gether..takpe..yang penting aku telah menjejakkan kaki ke majlis beliau ;)


sedang mendera cik mot mengsnap pic aku tengah-tengah panas..jangan mara sayang.,.;p


Settle majlis,kitorang round batu pahat.,.oooucchh~!!banyaknye kenangan aku tertinggal kat sane..dari yang indah kepada yang pahit.,.,tapi yang paling indah adalah kenangan kami berdua (poyo kan ayat aku.,.haha )






Tempat pertama yang kami rindu di batu pahat adalah bangunan ini..Walau luaran tak berapa nak indah tapi dalaman sangat indah oke..kerna disinila tempat kami belajar dahulu.,.uhuk-uhuk...^_^.
3 tahun di Sini banyak mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan serta persahabatan.,.;)



Port malam minggu dulu-dulu..hehe..malas nak bebel panjang-panjang..tadi kan dah janji tak mo pok pek pok pek..;p




Kaki dah lenguh.,.,badan dah penat.,.so kami amik keputusan balik KL malam tu jugak..niat hati nak round-round JB tapi macam takde arah tujuan..so.,.,balik jela.,.,.Brr0oooomm~!!




30 april 2012

Memandangkan hari ni kami cuti...so round-round KL jela yang mampu..penat semalam tak hilang lagi tapi apa ada hal kan.,.dah alang-alang cuti tu bek manfaatkan..tak kan la terperap je kat rumah.,.bak kata cik mot.,. " tido je kan.,." hehehe..
Tapi kami sangat frust bile tak dapat tengok The Avengers malam tuh...panggung kt KL sume  SOLD OUT for this movie~!!believe it or not??geram giler.,,.,rase cam ape dah time tuh..so terpakse la book for next day..tu pon naseb je dapat tiket.,kalau tak menonggeng lagi la cik mot saya.,.;p




1 may 2012



taraaa......nampak tak pp aku yang semakin mengembang itu?tapi...aku tak kisah pon..as long as hati aku sedang bahagia.,.;)


before tengok movie..isi perut dulu...air itu..fav saya oke~!! saja nak kasi tau..;p


Blueberry cheese yang sangat menggoda iman aku ketika itu..haha xD


snap-snap dulu before masuk panggung..ekeke....^_^




hoyeee.,.!!tiket dah dapat.,.The Avengers time~!!




 

sekian.,.~