Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Thursday, 5 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum sume....
salam sejahtera...=))

Rasanya dalam seminggu jugak cik fie berdiam diri dalam dunia belog membeloging ni kan..bukan pe..buzy sangat dengan tugasan harian..mana dengan kerja opisnya..kerja part time nya.....huu~

ok..kali ni cik fie nak berkongsi sedikit tentang sambutan hari ibu..=)



Korang mesti sudah biasa dengan ucapan " Happy mother's Day " sempena sambutan hari ibu kan?Secara ringkasnya Hari Ibu adalah hari pengiktirafan untuk kaum2 ibu di luar sana termasuk ibu yang kita sayangi..^_^.

Ianya di sambut pada hari yang berbeza-beza mengikut negara.
Secara amnya, Malaysia menyambut Hari Ibu pada setiap hari Ahad kedua di bulan Mei.So kiranya tahun ni Hari Ibu jatuh pada 08 mei 2011...

Manakal negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan ,UAE, Arab saudi ,Mesir pula menyambut pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.Menarik kan?Setiap negara ada tarikh sendiri?

Tapi tahukan anda semua apa hukum nya menyambut sambutan Hari Ibu ni?Bagi kita yang beragama islam?Sambutan hari ibu pernah menimbulkan isu satu ketika dahulu kerana terdapat artikel mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.


Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni,ada sumber yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
Tanpa ibu siapalah kita semua ini.Tanpa ibu tak dapatlah kita melihat dunia ini.Betapa mana pon hebatnya kejayaan seorang anak,adalah kerana berkat doa seorang ibu.Sayangi dan hormatilah ibu kita kerana jelas Syurga itu terletak di bawah kaki Ibu...:)
Selamat Hari Ibu untuk bonda tersayang..i lap u so much mak~!!

jom nyanyikan lagu nih tok bonda tersayang =))




1 comment:

baca je??meh le komen cket ;)