Bismillah..
Assalamualaikum Semua.. Ya Allah!! lama benar rasanya tak menaip disini.. Sejak bergelar ibu ni memang masa menjadi halangan...Maafkan daku wahai pembaca setia..EH!! ada ke pun pembaca setia ?? haha ! PERASAN !
Nurul Syafiqah pon semakin hari semakin membesar.. Pejam celik pejam celik dah menjangkau usia 2 tahun.. 1 fasa yang sangat menguji keimanan keibubapaan kan ? Kenapa saya cakap mcm tu ? kerana di saat inilah Ibu bapa selalu fikir anak yang berumur antara 2 ke 4 tahun suka buat perangai, tak dengar cakap, suka mengamuk dan macam-macam lagi kerenah yang sukar dikawal.
Antaranya suka memanjat sana-sini, suka melawan apa yang kita cakap, lari ke hulu ke hilir, tak boleh duduk diam – seolah-olah tenaga tak pernah habis. Aktif sungguh!
Dan inilah yang saya alami sekarang.. Memang sungguh terjadi! Lagi2 bila kami dikejutkan dengan berita yang Nurul Syafiqah bakal dapat adik tak lama lagi.. Haaa double triple perangai dia uolss.. kadang2 memang di luar batasan pemikiran iolss..
Namu jika anak mengamuk, bukan salah ibu bapa anak berkelakuan begitu. Anak sedang dalam fasa meneroka dunia di sekelilingnya. Ibu bapa usah risau, cuma perlu bertenang dan hadapi keadaan yang sementara ini dengan positif.
Terima perubahan anak, pamerkan sayang dan hormat padanya menjadikan dirinya lebih berkeyakinan.