Assalamualaikum semua :)
Sedapnya makan nasi panas dengan Gulai Nanas Ikan Masin! Terlupa lauk-lauk yang lain!
Masak yang ringkas-ringkas je..yang penting di masak dengan penuh kasih sayang.. :D
Bahan-bahan:
300 gram ikan talang masin (ikan masin lain pun boleh) - dipotong nipis
200 gram nanas - potong dadu
1/2 kg santan -aku guna santan kotak je kot..sedap jugak! hehe
1 batang serai - dititik
serbuk kunyit secukupnya
garam / gula secukup rasa
Bahan tumbuk / kisar:
10 biji cili padi ( nak lagi pedas tambah lagi cili padi ye.. )
1 labu bawang besar
Kisar/tumbuk cili padi, bawang merah. Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak. Masukkan sedikit serbuk kunyit ikut selera korang
Masukkan santan dan nenas ke dalamnya. Kacau rata-rata sehingga kuah mendidih.
perasakan garam/gula secukupnye...Boleh lah diangkat dan dihidangkan
Masakan yang mudah sahaja tapi sungguh menyelerakan :)