Terima kasih awak! :)

:: Sahabat ::

Monday, 27 August 2012

:: Mimpi Tawen?? OMG!! ::

....................................................................................................

Assalamualaikum dan Selamat Petang Sahabat ^_^

MIMPI??mesti ramai antara kita-kita yang pernah bermimpi..selalu bermimpi atau susah sangat nak bermimpi kan??tapi bile dah mimpi tu macam-macam andaian yang kite buat sendiri..ada yang mimpi best sangat sampai takmo jaga dari tidur..ada jugak mimpi yang buatkan kita takut dan nak cepat-cepat bangun....Mimpi merupakan suatu keistimewaan yang di berikan tuhan kepada kita. Mimpi juga merupakan ilham dan inspirasi kepada seorang pemimpi. Samada mimpi itu buruk atau baik bergantung kepada kita untuk menilainya.:)

3 hari lepas..aku mimpi kawen..syookk ooo....kawen ngan orang yang kite kenal.,.orang yang kite sayang..hehehe..tapi..until now aku still berfikir..apa maksud mimpi tu erk??petanda buruk ke??atau aku semakin menghampiri ??oohoiii.,.,.:P

carik punye carik kat tenet..macam2 yang aku jumpe.,.nak percaya yang mana satu pon aku tak tau.,.,.tp banyak info mengatakan bahawa kalau kite mimpi kawen nih tak lame lagi la tuh..datang jodohnye.,.tak tau nak kata apa dah! :D

Tuhan.,.permudahkan segalanya ^_^

Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya...~


...................................................................................................

Wednesday, 22 August 2012

:: Raya!! Raya!! ::


.......................................................................................................

Assalamualaikum Sume.,.How today??beraya mana kita??hehe..sekejap je dah masuk raya ke - 4 kan??cepatnye masa berlalu..Dan cepatnye cuti raya saya habes.,.,.today dah nak kena balik Saklam da..esok kije,.0oooo.,.,sumpah saya malas oke~!! MC boleh tak??hehe :P

nothing to bebel-bebel..just nak share gamba2 saya yang sumil buat tatapan pembaca-pembaca sekalian.,.sila jangan muntah ye..~:D


1st day raya,,wear baju kolor merah...i like~! :)

jalan-jalan rumah sedara..tumpang snap ye makcik! :P oh ye..yang ni c ila. my sister yang bongsu...~

anak-anak abah yang sumil,.,.:P

Raya ke 2..wear this baju...jalan jauh time neh..p beraya rumah membe sampai ke lubuk china sane..tapi tak snap picture together-gether pon dengan rakan-rakan..RUGI~!!


raya ke3..raya yang paling bz..beraya bersama kesayangan!!seronok sangat-sangat..lame wehh tak jumpe mereka-mereka ini..Time raya jela dapat jumpe.,pose ritu pon tk dpt nak jumpe.,.,.~




Penat beraya larik ke Mahkota Parade untuk menyumbangkan suara masing-masing yang gian nak melalak!haha..orang p beraya..kitorang p karaoke!! 1st time oke hangout p town berbaju begini..ayu kan kami??ayukan ?kan kan? :P




malas nak upload gamba banyak2..nak tgk yang full nye sila layari fesbok saya ok..See u all next entry~!!


nota kaki - sumpah aku malas nak kije sok~!


.....................................................................................................



Wednesday, 15 August 2012

:: Lawak IT ::



Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.

Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.

Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang asyik melayan blog isuhangat semasa telefon kedainya berdering.


Sumardi: “Hello!”

Ajoi: “Halo..halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?”

Sumardi : “Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?”

Ajoi: “Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..

Sumardi: “Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..”

Ajoi: “Ok..ok.. ha done!”

Sumardi: “Cuba encik print lagi warna biru”

Ajoi: “Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!”

Sumardi:” Alamak … encik tak masuk ketat-ketat ker?”

Ajoi: “Dah ketat la wei…”

Sumardi: “Hmm… ok-ok jangan marah encik, cuba encik uninstall balik software printer tadi lepas tu encik install semula, nnt encik call balik.Takut encik salah install tadi.”

Ajoi buat uninstall printer tadi dan reinstall balik tapi masalah tadi tetap berlaku, dia call customer service tadi..

Ajoi: “Haloo! Tak boleh lagi lah!”

Sumardi mula pening dan minta bantuan kawan-kawan dia yang lain. Malangnya semua xde idea..

Sumardi: “En Ajoi, nanti saya cuba tanya orang HQ atau search kat google jap , nanti saya telefon encik semula.”

Setelah dua jam, Sumardi dan kawan-kawan dia tadi masih tak menemui jawapannya dan membuat keputusan supaya Ajoi menukar printer baru. Tiba-tiba AJoi call balik customer service tadi…

Ajoi:”Halo saya nak tanya lagi nih, adakah lebih baik kalau saya guna A4 warna putih daripada kertas warna kuning yang saya gunakan sekarang…?”



Sumardi: Terharu…sampai menitik air mata.



credit to isuhangat.net

:: EH ! petanda awal ker? ::

.............................................................................

Umo dah 25 tahun..Rasanya da sampai masa tuk aku pikirkan masa depan.. :)




"Dunia akan terasa lebih INDAH bila diwarnai dengan CINTA...,,..~ "

Tuhan..Permudahkan SegalaNya..#Hopefully



Already taken by EN Robot ^_^


nota kaki = next step.., nak p amik kursus kawen..weeee~ :D


.......................................................................................

Tuesday, 14 August 2012

:: EH ! nak raya dah! ::


..........................................................................................................

Semoga ramadhan yg berlalu dah mentarbiah kita secukupnya utk 11 bulan yg bakal mendatang (kalau panjang umur le),
anyway ramadhan tak habih lagi...rebut le peluang ketika ia masih di sisi..

Hai…. apa khabar semua.... diruangan ini saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYAAIDILFITRI yang bakal menjelang tiba...

Haa.. nak raya tu..kenalah tunggu dulu sampai


jangan nanti ada yang dah raya awal pulak ye..

Tunggu sampai pakcik ni…..







Sabar...Sabar.....Kalau ada yang rayer dulu tu..ehemm.. paham-paham jer la yer... ;)



Pada mereka-mereka yang balik kampong naik

atau naik benda ni .....

atau sampai terpaksa naik.....

atau naik aper-aper jelah yang janji sampai tu..berhati-hatilah di jalanraya....


jangan ingat korang jer yang bayar


Kepada korang yg ada

jangan pulak nak jadi cam ni….

atau Buat perangai cmni ......

tak kira la yang bawak keta pun jgn jadi cmni tau…

saya biasalah..balik kampung ni bergaya dengan.,.,.,.

ehem-ehem....he he... amacam..?? cara tak..??:P


But…. apa yang penting kat sini KENA INGAT..!!! JANGAN pandu lebih dari

tau!! err.,.errr :P

nanti tak pasal-pasal belum sampai destinasi dah tukar naik

pulak...uishh uishhh...

Hati-hati jugak dengan brader ni…


Dengar kata bersepah-sepah kat tepi jalan / highway …… kang bersusun lak surat cinta sampai kt umah….
 

Amboi-amboi...masing-masing ni dah dapat

ADVANCE

Paling best kalu dapat

Tu boleh la nak raya sakan ye.. Tapi kena la beringat sikit... kang bulan 9 jadi

cmni …


Ada duit lebih boleh la kalau nak beli

baru ke .... beli

beli

ke bagi kat bini… hehe

Lagi satu paling IMPORTANT nak kasi ingat kat sini...jangan lelama balik kampong nanti rumah kita tu makcik

ni yang singgah eeeee…..

kalu menate ni

singgah umah kita lagi naya …

Pada mereka-mereka yang tak dapat cuti masa raya nanti jangan la dok

jer.. tak buat keje...

buang karen company jer.. he he... ala.,.,bukan ade orang pon :P


Tidak lupa juga pada mereka-mereka yang akan melangsungkan

pada musim raya ni...

saya ucapkan "Selamat Pengantin Raya"..

waaaaka ka ka ka...


TAPI INGAT….!! Jangan sesekali korang terlibat dengan aktiviti



yang popular di musim Raya ni……

Tapi kalu nak main jugak, sila ikut langkah keselamatan dibawah ni….
 

Bila makan kuih raya,

lemang ketupat sume,.,.

.. makan kt open house ke…. tu beringat sikit...


karang masuk kerja semua badan macam

…. HUA HUA HUA...

Jangan marah aaaa.. :D




nota kaki : Selamat Hari Raya 1433H,
Maaf Zahir Batin


.........................................................................................................


Tuesday, 7 August 2012

Sukarkah Memahami Wanita??

Sukarkah untuk memahami hati seorang wanita???Memang majoriti lelaki akan cakap perempuan sukar difahami,kompleks dan sebagainya. Pelik jugak..mungkin lelaki itu belum cukup mengenali hati wanitanya. Sebab kalau dia kenal maybe dia takkan rasa cam tu kan? hehe  . Dapat pulak yang hati tisu !! haa..jenuh la nak paham ..iye dak?? hehe

Tapi betul ke wanita sukar difahami atau kamu yang lelaki ini terlalu ego sampai tak mahu cuba untuk lebih memahami wanita itu sendiri? Mungkin kadang-kadang kamu mendapat keluhan dari pasangan “betul ke saya ni susah difahami” atau “selama ini awak tak pernah nak faham saya”. Lepas tu adegan drama pun berlaku scene pujuk sana pujuk sini. Heh~ untungla kalau ade scene pujuk memujuk. Dapat yang jenis buat dunno je...malas nak amik tau..acaner plak tuh..kecian sungguh..Terpakse la membiasakan diri dengan situasi tersebut.,:P



Setuju atau tidak pertama wanita ini inginkan diri mereka dihargai? Inginkan kehadiran mereka itu disedari dalam hidup lelaki. Rasanya penghargaan itu bukanlah sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan, tapi lebih kepada sifat sayang itu sendiri. Jiwa wanita yang lembut dan selalu menyerlahkan kasih sayang, berbanding lelaki yang lebih menyerlahkan ego itu membuatkan mereka merasa segala-galanya perlu untuk disayangi. Menghargai rasanya tak perlu dengan kemewahan yang tinggi. Cukup dengan kamu wahai lelaki yang sentiasa berada disisi kami dan buat kami tahu bahawa kamu ini sayangkan kami.Tapi ramai rasanya yang salah tanggapan.Bila si wanita inginkan perhatian yang lebih mulalah yang lelaki nie berasa rimas , rasa di kongkong dan sebagainya.Harus di ingat ya , kami bukan berniat untuk mengongkong atau menyekat setiap pergerakan anda , kami suma mahu anda tahu yang diri kamu itu terlalu bermakna buat kami. Tiada istilah "kongkong" andai kamu dapat memahami isi hati kami





Perkara kedua dalam memahami wanita bila mereka berhadapan dengan masalah. Maksudnya,bila si dia berhadapan dengan masalah. Wanita tak sama dengan lelaki dalam menangani masalah. Wanita hanya perlukan tempat untuk dia bercerita ataupun dalam erti kata lain seseorang yang sedia mendengar keluhan hati dia. Dengan siapa lagi kalau bukan kamu wahai kaum adam?? Dengar luahan wanita ni tak susah seperti yang dijangka sebabnya kamu yang lelaki ini tak perlu susah payah fikirkan penyelesaian masalah kami kerana itu tak diperlukan.Kami tidak perlukan penyelesaian sebenarnya. Kami hanya inginkan seseorang yang boleh mendengar masalah kami..

Luangkan lah sedikit masa dengan mendengar apa yang kami ingin katakan dan jangan pula tidur masa dia tengah bercerita . Kalau tidur jugak..naseb kamu la wahai kaum2 adam!! hehe


Pemikiran lelaki dan wanita berbeza dan itulah sebabnya kedua-duanya merasakan bahawa amat sukar untuk memahami antara satu sama lain. Kalau cuba,sebenarnya tak susah mana sebab kamu kan saling melengkapi sebenarnya.hehe. ye ke?? :P

Apapun buat wanita, bukan orang lelaki ni tak sayang atau tak reti menghargai itu semua. Lelaki pun tahu apa itu sayang cuma mereka tak pandai nak serlahkan atau tunjukkan kasih sayang itu dengan jelas. Sayang lelaki ni ada cuma tak terlihat dengan mata kasar. Tu yang saya pegang sampai sekarang


p/s = hati wanita umpama teka-teki

Monday, 6 August 2012

:: Masa untuk berubah ::

Assalamualaikum sume..dan Salam Sejahtera ^_^

Bulan2 pose ni rasanya ramai yang inginkan perubahan diri..Perubahan untuk menjadi yang lebih baik . Dari segi apa..itu terpulang kepada hak masing-masing. Yang penting nawaitu ..Bila da berniat tu..segerala tunaikan nya :)

Rasanya ramai wanita di luar sana yang free hair teringin nak berhijab kan? Sebagai seorang yang free hair...saya sangat memahami perasaan mereka-mereka yang free hair. Bukan tiada niat untuk berubah tapi terlalu banyak alasan yang sering kita dengar kan . Belum bersedia lah, kena betul - betul ikhlas la , takut nanti akan tutup dan buka semula la, dan macam-macam lagila.Sesungguhnya terlalu banyak dugaan bila kite berniat ke arah kebaikan.Tetapi kalau kita betul-betul da pasang niat InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya ;)

Bagi yang da berhijab tu rasa nya tak perlu untuk mempersendakan mereka-mereka yang cuba untuk berubah kan?? kenapa perlu ada perasaan tidak senang apabila seseorang itu berusaha untuk berubah?? Rasanya kita patut menolong orang-orang yang sedemikian..bukannya memperlekehkan niat murni mereka.. ;)

takpa , yang penting niat kita ikhlas .


Pertama. Sematkan di dalam hati, dan berdoa, sentiasa berdoa agar dapat memberanikan diri, melembutkan hati agar diberi kekuatan, keyakinan untuk berhijab. Bangun pagi-pagi, lihat wajah di dalam cermin, lihat rambut, dan bayangkan setiap sehelai rambut itu yang akan terbakar oleh api sebagai balasan tidak menutupnya. Nauzubillah~


Kedua. Boleh jinak-jinakkan diri dengan menutup kepala, topi ke, snowcap, scarf yang diikat, selendang.. cuba cover sebanyak mana rambut yang boleh, nanti lama-lama akan rasa tak biasa bila keluar tak tutup rambut. ;)

Ketiga. Nampak tudung yang cantik, beli, bawak balik rumah, test pakai dan peragakan depan cermin. Rasanya koleksi tudung saya dah menimbun..Bila la nak pakai,.,.~

Keempat. Snap gambar, post ke fb, twitter, instagram, lepas tu tanya, "Okay tak kalau I pakai macam ni?" dan laungkan niat anda hendak memakai hijab. Dan minta rakan-rakan doakan agar niat anda tu tercapai.ngeh ngeh ngeh~



Sama-samala kita mencari keredhaanNya ;)



Thursday, 2 August 2012

no word..~

................................................................................



hurmm..apa perasaan korang bila cuti raya korang kena tendang?dengan erti kata lain kena rejected??pehh pehhhh..mesti sadis gile kan~!! dengan serta merta semangat nak raya tu akan hilang dengan sendirinya...ade plak orang keja time-time raya ni kan???ape punye olang laaaa..pikir logik la~!!eeeee...geram sangat-sangat neh..bab cuti raya saya da approve..aleh-aleh kena REJECT~!! T_T


tensi giler~!!arrghh~!!



.................................................................................................................................

Tips Pemakaian Perfume

Selamat Pagi Sahabat~!! Today dah 13 Ramadhan da..Cepat je kan.,.pejam celik pejam celik..da separuh bulan umat Islam berpuasa.. :)

So kali ni nak share ckit pasal tips pemakaian perfume yang betol..Mungkin ramai yang dah tau tapi ada jugak diantara kita yang masih tidak berapa nak tau ..Sharing is Caring... Jum teruskan pembacaan anda~!! ^_^









1. Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

4. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.

5. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.

6. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.


nota kaki = semalam dolce and gabbana..today carolina herrera.MUNGKINKAH?? :D